Dahulu DIVA ingat lagi betapa susahnya untuk mencari sunscreen atau krim pelindung matahari yang tidak meninggalkan kesan putih pada wajah. Apatah lagi tidak beri kesan sampingan seperti kegatalan, kulit berminyak atau kesan melekit pada solekan. Sekarang terdapat banyak pilihan sunscreen yang boleh dipadankan dengan masalah kulit wajah. Jadi tiada alasan lagi untuk tidak menyapu sunscreen.
Namun kenapa rata-rata sunscreen dari negara Korea Selatan menjadi pujaan ramai? Kalau DIVA perhatikan memang sunscreen jenama Korea sering dipilih sebagai produk sunscreen terbaik. Malah ada yang kata K-Drama banyak mendidik mereka tentang pemakai sunscreen. Wow!
Menurut dari beberapa pakar dermatologi, bahan yang digunakan dalam ramun sunscreen dari syarikat kecantikan Korea Selatan lebih inovatif dan unik. Mereka berusaha untuk mencari formula yang lebih ringan dan tidak mempunyai kesan white cast pada kulit.
IKLAN
Namun begitu masih terdapat rasa ragu-ragu dengan kandungan SPF yang ada didalam. Usah khuatir, pihak Kementerian Keselamatan Makanan dan Kawalan Ubatan Korea telah menyiasat dan mengambil tindakan pada mana-mana pengilang yang mengeluarkan fakta salah terhadap kandungan SPF. Malah mereka menetapkan peraturan dan langkah bagi syarikat pengeluar.
Apa yang lebih menarik tentang sunscreen dari Korea, ia bukan sahaja melindung wajah dari sinaran UV merbahaya. Ia juga mampu memberi kebaikan sama seperti produk penjagaan wajah. Terdapat pilihan untuk melembabkan wajah, mengatasi kulit berminyak dan paling DIVA suka sesuai untuk semua jenis tona kulit.
Jadi kalau keluar rumah tanpa sunscreen memang terasa tidak lengkap. Malah anda sendiri akan merasai perubahan pada kulit wajah. Terutamanya tanda penuaan yang lambat dan kulit berseri-seri! Kongsikan pada DIVA jenama sunscreen kegemaran kamu.