Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Mudah Tersinggung & Rasa Bajet Bagus, Periksa Jika Kamu Ada Sikap Narsistik..

by Indah Aziz
May 6, 2023
Foto - AD

Foto - AD

12
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bila disebut tentang sikap narsistik pasti ramai yang membayangkan individu yang obses tentang diri mereka. Gemar swafoto, segala macam hanya berkisar perihal hidup dan dunia mereka sahaja. Pun begitu sikap narsistik yang sebenar ialah boleh mengundang musibah yang lebih teruk pada diri mereka dan orang sekelilingnya.

Narsistik merupakan gangguan mental yang dikategorikan dibawah masalah personaliti diri. Ia menyebabkan mereka terlihat terlebih yakin atau terlalu penting diri sendiri. Namun narsistik ialah satu sikap yang menjurus self-centred. Bermaksud mereka hanya mengutamakan diri mereka semata-mata.

Foto – Utusan Malaysia

Tiada belas kasihan, mudah cemburu, gila kuasa dan gemar manipulasi situasi antara yang boleh dilihat sebagai tanda-tanda narsistik. Apa kata mari kita cuba periksa diri kita sendiri, adakah kita juga tergolong dalam mereka yang narsistik.

  • Sentiasa berprasangka buruk 

Apa jua yang ada dalam fikiran hanyalah fikiran negatif. Tidak kira samada untuk orang yang tidak dikenali atau sahabat sendiri. Ia datangnya dari sikap merasa diri lagi bagus dari orang lain. Ternyata yang baik dan bagus hanya pada diri anda.

Foto – E J Coombs Solicitors
  • Memperlekeh kejayaan atau kemenangan orang lain 

Cemburu? Ya, cemburu melihat kejayaan dan kesenangan orang lain membuatkan anda pandang rendah pada sesiapa sahaja. Ingat anda boleh jadi cemburu pada kejayaan pasangan, anak-anak, sahabat karib dan saudara. Malah, terbit dalam hati mereka berjaya kerana anda bukan usaha mereka sendiri.

  • Gemar menyakiti haiwan 

Antara sikap yang jelas pada narsistik ialah tidak mempunyai empati bukan sahaja pada manusia tapi haiwan peliharaan. Lihat keadaan kucing atau anjing anda, adakah terjaga atau terbiar? Selain itu anda tidak punya sikap belas pada haiwan yang teraniaya dan hanya memandang ia suatu perkara yang biasa. Bagi anak-anak kecil yang suka memukul haiwan, jaga-jaga mungkin ada narsistik dalam sanubari mereka.

  • Susah untuk memaafkan kesalahan orang

Anda akan berulang-ulang kali mengingat kesalahan orang dan tidak mahu memaafkannya. Bagi anda sesiapa tidak boleh menyakiti hati dan perasaan anda.

Foto – Vecteezy
  • Tidak pernah bertanggungjawab atas kesalahan diri sendiri 

Tanpa anda sedar, anda langsung tidak pernah mengakui kesalahan diri. Sebagai contoh, rumah tidak bersih dan anda akan menuduh anak-anak atau pasangan yang tidak mengemas. Padahal ia satu tanggungjawab bersama. Anda ada sahaja alasan dan kerap menyalahi orang lain.

Kesan masalah narsistik boleh menyebabkan anda gagal dalam hubungan cinta, rumah tangga, anak-anak akan menjadi mangsa penyisihan dan banyak lagi. Cara awal untuk mencegah narsistik ialah dengan mendekatkan diri dengan Tuhan, sentiasa muhasabah diri dan bersyukur.

Selamat beramal!

FILED UNDER narsistik malaysiasikap narsistiktanda narsistik
Share5SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.