Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Mekap Cair & Comot Sebab Kuat Berpeluh, Apa Perlu Kamu Lakukan?

by Indah Aziz
May 6, 2023
Foto - 100% Pure

Foto - 100% Pure

25
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Musim panas kali ini sungguh luar biasa bukan? Buat yang kamu yang tidak boleh keluar rumah tanpa mekap pasti menanggung satu beban yang berat. Iyalah, cuaca panas menyebabkan mekap kamu mudah cair akibat berpeluh tanpa henti. Lebih teruk buat yang berhijab, nampak kesan foundation atau bedak di hujung tudung. Adoi!

Jadi apakah cara yang terbaik untuk mengelakkan mekap kamu bertambah cair dan memastikan ia kekal terkawal biarpun kamu berpeluh lebat?

#1 Guna primer

Primer antara produk yang terbaik untuk mengunci pori-pori wajah dari mengeluarkan minyak yang berlebihan. Malah terbukti primer menjanjikan mekap yang lebih tahan lama. Jadi sapu rata primer pada bahagian wajah kamu yang mudah berminyak ketika cuaca panas.

Foto – Best Products

#2 Tak perlu tambah loose powder

Ada yang menggunakan loose powder untuk menyerap atau ‘mengeringkan’ solekan dari peluh. Kesannya, mekap kamu bertambah comot kerana loose powder tidak berdaya untuk mengawal semua kesan minyak dan peluh yang ada. Sebaiknya guna blotting paper!

#3 Jangan terlampau guna banyak pelembab

Sapu wajah dengan kuantiti pelembab seadanya, tak perlu tebal sehingga kulit jadi melekit. Bayangkan kulit kamu sudah tebal dengan pelembab, ditabah solekan dan akhirnya bergabung dengan peluh. Apa akan jadi?

#4 Pakai maskara kalis air

Buat yang gemar memakai maskara, bukan musim hujan sahaja. Musim panas begini pun gunakan maskara yang kalis air. Khususnya buat mereka yang mengalami masalah kelopak mata mudah berminyak.

Foto – New Beauty

#5 Lupakan solekan tebal

Jika sudah tahu, anda seseorang yang mudah berpeluh pada cuaca terik begini. Tipiskan solekan, bukan sahaja tidak comot malah mengurangkan masalah pori-pori tersumbat dan mudah membersihkan mekap jika perlu.

Selamat beramal!

FILED UNDER mekap berpeluhmekap comot berpeluhmekap peluh kotor
Share10SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.