Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Tak Perlu Logo Jenama, Era Fesyen ‘Quiet Luxury’ Kini Bermula

by Indah Aziz
May 6, 2023
Foto - Glamour

Foto - Glamour

12
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Era ‘Quiet Luxury’ kini perlahan-lahan menyelusuri gaya fesyen terkini. Ia bukan satu trend boleh menjadi ikutan ramai, kerana ia satu trend yang bergantung pada aura dan personaliti individu. Malah, quiet luxury merujuk kepada pada sosok individu yang kaya-raya, berstatus elit dan tidak memerlukan tanda logo pada pakaian yang dipakai.

Helaian pakaian yang disarung tidak bergantung pada logo-logo jenama ribuan ringgit. Namun ia fokus pada kualiti fabrik, potongan busana, pilihan warna dan memiliki perincian kemas yang tidak keterlaluan. Inilah ada ciri-ciri yang diperlukan bagi mencipta kod quiet luxury dalam almari pakaian anda.

Antara selebriti yang terlihat dengan gaya quiet luxury ialah Angelina Jolie, Gwyenth Paltrow, Zoe Kravitz, Rosie Huntington-Whiteley dan ramai lagi. Apa yang DIVA perasan, nama-nama ini adalah penanda aras tentang maksud classy dan anggun. Jadi nak lihat contoh, fesyen quiet luxury?

Lihat pilihan warna yang hanya menggunakan satu warna atau monochrome. Warna yang biasa dikaitkan dengan gaya quiet luxury ialah beige, putih, hitam dan kelabu. 

IKLAN

Foto – British Vogue

Cukup sekadar top, bottom atau tambahan outerwear seperti jaket atau kot labuh. Potongan baju pula sangat ringkas, sopan dan mengimbangi posisi badan anda. 

Foto – Grazia

Quiet luxury juga boleh ditampilkan dalam gaya street style! Nah, kalau perasan tak perlu nak pakai barang kemas bling-bling atau sarat dengan aksesori lain. 

Foto – British Vogue

Menarik tentang trend ini sebenarnya ialah ia mengajar peminat fesyen untuk tidak terlalu mengejar tentang logo dan label. Fesyen simbolik kepada personaliti seseorang. Mungkin kita tidak mampu membeli pakaian dari kualiti yang terbaik. Namun secara tidak langsung mendidik dengan kreativiti dan pengetahuan dapat mencipta gaya kemas, menarik dan sopan.

Apa pendapat anda pula?

Tags: apa itu quiet luxuryera quite luxuryfesyen quiet luxury
Share5SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Tak Perlu Logo Jenama, Era Fesyen ‘Quiet Luxury’ Kini Bermula

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.