Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

#DIVAReview Samsung Galaxy A34 5G: 6 Sebab Kenapa Kamu Perlu Ada Satu!

by Soph.Azz
May 9, 2023
Foto - Arkib DIVA

Foto - Arkib DIVA

11
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kesinambungan daripada artikel Samsung Galaxy A34 5G lepas, dalam entri kali ini pula DIVA akan kongsikan lebih mendalam dengan kamu mengenai model terbaru ini.

[Baca: #DIVAUnboxing Samsung Galaxy A34 5G: Ada 4 Pilihan Warna, Bila Beli Ini Yang Kamu Akan Dapat!]

Menjadi hidden gem terbaru dalam kalangan pencinta teknologi, secara peribadinya DIVA memang syorkan untuk kamu dapatkan satu model ini sebagai koleksi kamu.

Dengan reka bentuk terkini dan harga yang berpatutan, ini antara enam sebab kenapa tak rugi kalau kamu dapatkan satu Samsung Galaxy A34 5G ini…

1. Reka bentuk yang terkini 

Bagi DIVA, model Galaxy A4 5G nampak lebih mahal dan premium berbanding dengan model sebelum ini. Reka bentuknya lebih minimalis, tinggi dan sedikit berat.

Foto – Arkib DIVA

Di bahagian hadapan ada skrin lebar tinggi dengan bezel di sekelilingnya. Bahagian tengah atas pula ada lubang sensor kamera swafoto (selfie). Bahagian tepi ada mikrofon, butang pembesar suara, butang on-off, lubang mikrofon, slot kad SIM, port USB Type-C. Manakala bahagian belakang pula ada tiga kamera iaitu kamera utama, ultra lebar dan makro.

Apa yang lagi best, model ini ada pensijilan IP67 untuk rintangan kepada habuk dan air tau!

2. Paparan yang terkini 

Menariknya tentang model ini, DIVA menyukai beberapa perincian mengenai paparannya yang terkini seperti:

Foto – Arkib DIVA
  • 6.6 inci Full HD+ AMOLED dengan kadar penyegaran 120Hz
  • Kecerahan skrin boleh meningkat sehingga 1000 nits melalui ciri Samsung Vision Booster
Foto – Arkib DIVA
  • Resolusinya pula 1080 x 2430 pixels
  • Dilengkapi dengan ciri perlindungan mata dengan pensijilan SGS Eyecare iaitu pengurangan pancaran cahaya biru dengan ketara

3. Ada empat warna untuk dipilih 

Untuk model Samsung Galaxy A34 5G ini, kamu diberikan pilihan warna sebanyak empat. Antara warnanya adalah Awesome Graphite (hitam pekat), Awesome Violet (ungu lilac), Awesome Silver (ala-ala kelabu, perak) dan Awesome Lime (hijau limau).

Foto – Arkib DIVA / Samsung

4. Bateri yang tahan lama sehingga 2 hari

Walaupun sedikit berat (199g) berbanding dengan model sebelum ini, model Galaxy A34 5G ini mempunyai kapasiti bateri 5000mAh dan pengecasan pantas 25W.

IKLAN

Foto – Arkib DIVA

Samsung mengatakan model ini mampu tahan bateri sehingga 2 hari, tetapi ia boleh habis dengan cepat sebanyak 13-15% dalam masa satu jam sekiranya kamu bermain games atau tonton video.

Tetapi kalau sekadar bermesej, menelefon, semak email dan sebagainya, ianya tidak memberi kesan pada kadar penurunan bateri dengan cepat.

5. Kamera ala-ala siri Samsung Galaxy S23 

Sama seperti Samsung Galaxy S23, model ini mempunyai tiga kamera yang dibentangkan secara linear dengan LED flash. Kameranya terdiri daripada kamera utama (48MP) dengan OIS, kamera ultra lebar (12MP) dan kamera makro (5MP).

Foto – Arkib DIVA
Foto – Arkib DIVA

Kedua-dua kamera di bahagian hadapan dan belakang model ini pula mampu menyokong rakaman sehingga 4K 30 fps.

6. Bunyi dan getaran yang tidak menjengkelkan 

Dibina dengan dua pembesar suara (stereo speaker) dan motor getaran linear, membuatkan model ini tidak menjengkelkan seperti beberapa model yang lain.

Foto – Arkib DIVA

Maksudnya setiap getaran (vibration) tidak terlalu keras dan kuat tetapi menyenangkan apabila menggunakan kekunci navigasi atau menaip.

Manakala pembesar suaranya pula sedikit kuat dan lebih besar bunyinya. Tetapi ianya tidak terlalu crack macam sesetengah model yang lain di mana julat frekuensi lebih sempit.

Berharga RM1599 untuk storage 256GB, kamu boleh dapatkan model Samsung Galaxy A34 5G ini di seluruh kedai Samsung dan kedai terpilih. Maklumat lanjut mengenai model ini, kamu boleh baca di [SINI].

Happy shopping!

Tags: samsung galaxy 134 reviewsamsung galaxy a34 5gsamsung review
Share4SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  4. 4

    #DIVAReview Samsung Galaxy A34 5G: 6 Sebab Kenapa Kamu Perlu Ada Satu!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.