Mereka yang sentiasa up-to-date dengan berita teknologi, pasti kamu sudah tahu yang jenama Samsung telah mengeluarkan model telefon baru!
Samsung secara rasminya memperkenalkan dua telefon pintar kelas pertengahan baru iaitu Galaxy A34 5G dan Galaxy A54 5G sebagai pengganti model tahun lepas.
Dan khasnya untuk entri kali ini, DIVA berbesar hati dan teruja apabila diberi peluang oleh Samsung untuk mencuba sendiri model Galaxy A34 5G. Tanpa membuang masa, mari kita sama-sama unboxing dan lihat apa yang ada dalam kotak model Galaxy A34 5G ini.
- Foto – Arkib DIVA
Pertama sekali kotak pembungkusannya masih sama seperti model sebelum ini, di mana ianya nipis dan tidak diberikan pengecas. Seterusnya bila kamu buka kotak telefon ini, kamu akan mendapat model Galaxy A34 5G, kabel USB, pin pengeluar kad SIM, pendaftaran waranti dan manual.
Untuk model Galaxy A34 5G, DIVA menerima peranti dalam warna Awesome Graphite iaitu hitam pekat. Model ini sebenarnya didatangi dalam empat pilihan warna seperti Awesome Violet, Awesome Silver dan Awesome Lime.
IKLAN
- Foto – Arkib DIVA
Apa yang menarik hati DIVA, model ini dibingkaikan dalam garisan ringkas dengan kemasan glastic. Bucunya pula berlengkung kecil menjadikan pegangan telefon ini lebih selesa dan mudah dicengkam.
- Foto – Arkib DIVA
Bahagian tepi telefon ini pula, ada butang kuasa dan kawalan suara di bahagian kanan sahaja. Bahagian bawah pula ada mikrofon utama, port USB Type-C dan pembesar suara. Bahagian atas terletaknya mikrofon kedua dan slot dwi SIM. Bahagian belakang pula, ada tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 48MP dengan OIS, kamera ultra lebar 12MP dan kamera makro 5MP. Kedua-dua kamera hadapan dan belakang menyokong rakaman sehingga 4K 30fps.
- Foto – Arkib DIVA
Dari segi ketahanannya pula, model ini mengekalkan penarafan IP67, Corning Gorilla Glass 5 untuk skrinnya, rintangan habuk dan bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 25W.
Sejujurnya DIVA memang love dan puas hati dengan model kali ini. Untuk full review tentang model Galaxy A34, nantikan perkongsian di entri seterusnya!