Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Kacak & Makin Popular! Ini Heartthrobe Para Gadis Malaysia Sekarang

by Indah Aziz
April 16, 2023
Foto - XTRA

Foto - XTRA

19
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kalau dahulu nama seperti Aaron Aziz, Remy Ishak atau Zul Ariffin sentiasa bermain dibibir para peminat drama pukul tujuh. Boleh dikatakan sepuluh tahun lepas mereka antara dikalangan pelakon lelaki yang dipuja-puji sebagai hero Malaya. Namun kini muncul pula nama-nama baru yang bagi DIVA boleh tahan hebat dan memiliki wajah sempurna memikat. Pengikut di media sosial mereka pula mencecah ratusan ribu, ada pula sampai jutaan!

Bukan sekadar wajah yang tampan, tapi dari pandangan DIVA mereka punya bakat lakonan dan personaliti yang tersendiri. Mungkin itu juga faktor yang membuatkan jejaka muda ini mudah menarik perhatian peminat berlainan jantina. DIVA hanya pilih lima aktor muda ini sahaja tau, sebab mereka yang kelihatan lebih aktif dengan dunia seni, modelling dan bergaul bersama peminat.

Nadhir Nasar

Muncul dalam beberapa drama terbitan Astro setelah menjadi peserta dalam Hero Remaja 2020. Pemuda berusia 27 tahun fasih dalam Bahasa Inggeris dan menurut dari peminat tegar Nadhir seorang yang introvert. Pun begitu bila bersama peminat, Nadhir sangat mesra dan gemar membalas komen peminat di Instagram.

Foto – Instagram Nadhir Nasar

Hun Haqeem

Wajah Hun Haqeem yang cute ini sudah menjadi pujaan ramai setelah muncul dalam drama Kampung People sebagai Jaafar. Sejak dari itu Hun memang menjadi permintaan mana-mana produksi drama. Kalau lihat dari bakat lakonan, Hun memang memilikinya!

IKLAN

Foto – Instagram Hun Haqeem

Aedy Ashraf

Well siapa yang tak kenal dengan Aedy kan? Dari zaman kanak-kanak lagi Aedy sudah mesra dengan skrip dan kamera. Kini nama Aedy Ashraf kembali sebagai hero Malaya yang baharu. Segak, tampan dan maskulin itu identiti baru pelakon yang berusia 29 tahun ini.

Foto – Instagram Aedy Asraf

Meerqeen

Gara-gara drama Melur Untuk Fidaus bersama Anna Jobling, kini wajah Meerqeen menghiasi wajah kempen dan majalah terkemuka tempatan. Populariti Meerqeen sudah menjangkau ke negera jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei. Apa yang mengejutkan DIVA< Meerqeen baru sahaja berusia 22 tahun!

Foto – Instagram Meerqeen

Amir Ahnaf

Lagi seorang aktor muda yang meletup gara-gara drama Projek: High Council! Amir Ahnaf yang berasal dari Kuala Terengganu menyertai Hero Remaja 2021. Setelah itu, kelibat Amir sentiasa menjadi perhatian peminat. Amir bukan sahaja berbakat dalam bidang seni tapi mempunyai 1001 lagi bakat seperti dalam muzik, seni pertahankan diri dan bekas pelajar MRSM!

Foto – Instagram Amir Ahnaf

Jangan marah kalau tak ada jejaka pilihan anda dalam senarai diatas. Siapa yang paling pembaca DIVA minat dan kenapa?

Tags: biodata merqeenheartthrob malaysiasiapa nadhir nasar
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Kacak & Makin Popular! Ini Heartthrobe Para Gadis Malaysia Sekarang

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.