Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

[Edisi Raya] 5 Palet Eyeshadow Rona Coklat Untuk Jelingan Memikat Raya Ini

by Indah Aziz
April 16, 2023
Foto - Beauty Bay

Foto - Beauty Bay

21
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Lebih kurang dari seminggu sahaja lagi untuk kita menyambut bulan Syawal! Agaknya sudah siap ke segala persiapan raya dari juadah, pakaian dan hiasan rumah? Kalau sudah lengkap, pasti lega rasa hati. Sekarang dah boleh fokus untuk menyiapkan diri sendiri pula iaitu kelihatan 100% jelita di pagi raya menyambut kedatangan sanak-saudara dan sahabat.

Elemen penting untuk anda lihat berseri-seri sepanjang hari raya ialah dengan pandangan mata yang galak dan memikat. Jadi tumpuan DIVA kali ini untuk anda bermain rona neutral coklat pada kelopak mata. Bukan apa, warna begini paling serasi untuk semua warna baju raya anda nanti.

  • Sephora Collection Pocket Eye Palette Sun Shadows – Warm Dusk [RM74]

Palet harga paling kena dengan bajet rendah! Senang pula untuk bawa kemana-mana dengan saiz kecil begini. Semua ada dari matte, shimmer dan glitter!

Foto – Sephora
  • Viseart Petit Pro Solstice Eyeshadow Palette [RM132]

Sungguh, sungguh cantik mainan warna yang ditadah dari Viseart untuk koleksi pembayang mata kali ini. DIVA suka betul ada hit shimmer pink yang memang sesuai dengan tona neutral bagi kesan dramatik.

IKLAN

Foto – Viseart Paris
  • Fenty Beauty Snap Shadows Eyeshadow Palette – True Neutrals [RM140]

Kalau betul-betul nak gaya ringkas dan minimalis, palet dari air tangan Rihanna ini memang memikat hati. Ia tahan lama, mudah dipakai dan sesuai untuk daily look juga!

Foto – Harvey Nichols
  • Amuse Vegan Sheer Eyeshadow Palette – 01 Sheer Nude [RM146]

Nak cuba formula vegan? Palet pembayang mata Amuse menawarkan rona neutral dalam koleksi 01 Sheer Nude. Mudah untuk anda cipta apa jua gaya mata dengan palet ini.

Foto – amusemakeup.us
  • Huda Beauty Nude Obsessions Eyeshadow Palette Mini – Medium [RM149]

Antara palet yang paling popular dan sudah tentu menawarkan pigmen yang sangat bold! Koleksi Nude Obsessions – Medium bukan sahaja ada warna coklat tapi anda boleh main dengan sedikit cetusan merah jambu dan ungu mauve.

Foto – Huda Beauty

Selamat membeli – belah

Tags: palet eyeshadow coklatpalet eyeshadow neutral
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    [Edisi Raya] 5 Palet Eyeshadow Rona Coklat Untuk Jelingan Memikat Raya Ini

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.