Tudung warna putih sebenarnya agak ramai mengelak untuk pakai bukan? Atas alasan wajah nampak kusam dan gelap menjadikan tudung warna putih bersih ini umpama musuh yang perlu dijauhi. Biasanya warna putih sinonim dengan pengantin, terutamanya ketika majlis akad nikah. Jadi pasti gusar nampak sendu pula dihari bermakna nanti.
Sekarang tak perlu khuatir lagi sebab ada teknik tersendiri untuk anda tetap tampil manis dalam tudung warna cerah begini. DIVA ada sediakan tips yang wajib anda ikuti, bila ingin memakai tudung warna putih tau!
#1 Pilih ton putih sesuai dengan warna kulit
Kalau anda perasan, warna putih juga mempunyai pelbagai tona seperti off white, cream, pearl dan banyak lagi. Keputusan untuk memilih warna putih ialah bergantung pada kesesuaian warna kulit anda. Sebaiknya pergi ke kedai atau butik berhampiran untuk senang anda padankan, kalau beli melalui online takut nanti kecewa!
IKLAN
#2 Pakai anak tudung warna sama atau pastel
Jangan sesekali pakai warna anak tudung yang lebih gelap atau terlalu cerah dari warna putih. Ia akan menyebabkan penampakan bentuk kepala dan terlalu kontra dengan wajah anda. Tips ini jangan sesekali anda skip, wajib ikut.
#3 Jangan lupa mekap
Antara faktor kita nampak kusam ketika mengenakan tudung putih ialah tanpa bantuan mekap. Tambahkan lipstik, pemerah pipi dan maskara untuk mekap yang ringkas. Jika anda sudah tempah jurusolek tidak menjadi masalah. Tips dari DIVA ialah pakai lipstik warna dark-bold seperti merah hati, coklat atau deep pink untuk menaikkan lagi seri wajah. Elak lipstik warna terang tau!
Dah jangan takut lagi nak pakai tudung putih, janji anda ikut tips diatas dijamin cantik. Selamat mencuba!