Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

#DIVAKongsi Idea Hobi Untuk Si Introverts Yang Malas Nak Bercampur Dengan Orang!

by Indah Aziz
April 15, 2023
Foto - Skill Courses

Foto - Skill Courses

15
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Dalam dunia ini manusia biasa diletakkan dalam tiga kategori sosial introvert, extrovert dan ambivert. Namun yang paling popular ialah introvert kerana golongan ini sentiasa disalah anggap sebagai pemalu, anti sosial atau sombong. Padahal introvert hanyalah sukakan ketenangan dan gemar melayani fikiran dalam sendirian daripada keriuhan luar. Mereka juga amat selektif dalam memilih pasangan mahupun teman.

Pengisian aktiviti masa lapang antara aktiviti sosial yang selalu mencuri peluang ketika hujung minggu. Sudah pasti ramai yang keluar mengunjungi tempat-tempat menarik bersama keluarga mahupun teman-teman. Berlainan dengan introvert, waktu inilah mereka kembali untuk recharge diri sendiri.

Sebenarnya ada sahaja hobi-hobi menarik dan bermanfaat untuk introvert. Apa yang paling best ialah ia tidak perlu bercampur dengan manusia lain. Just for you and yourself!

#1 Aktiviti mengait (knitting / crocheting)

Dimana-mana sahaja sekarang DIVA nampak aktiviti mengait dikongsi melalui media sosial. Biarpun orang kata ia seperti hobi nenek atau makcik tapi percayalah anda akan berpuas hati dengan hasil mengait. Macam-macam boleh dapat topi, baju sejuk, anak patung dan banyak lagi. Aktiviti ini boleh lakukan sendirian sambil menonton rancangan dokumentari atau mendengar podcast kegemaran anda.

Foto – Wonderopolis

#2 Baking / memasak 

Siapa tak suka dengan makanan bukan? Tak salah pun try and error setiap resepi yang anda jumpa. Baking atau memasak juga ialah terapi untuk mengekalkan minda yang cerdas, kreatif dan mengajar kesabaran.

IKLAN

#3 Buat kandungan laman sosial

Nah, ini paling ramai tak tahu kebanyakan content creator media sosial ialah perkongsian dari hobi mereka. Bagi introvert yang tidak gemar aktiviti sosial secara berhadapan, anda boleh gunakan medium media sosial untuk kekal berinteraksi. Kongsi apa sahaja aktiviti kegemaran, kraf, penulisan dan lain-lain yang mungkin bermanfaat pada followers anda.

Foto – Brand Equity

#4 Berkebun 

Ganti manusia dengan tumbuh-tumbuhan menyejukkan hati dan mata. Aktiviti begini bukan sahaja untuk minda dan fizikal, malah dapat menambah pengetahuan tentang pelbagai tumbuhan yang anda. Sekaligus juga mendidik hati menyayangi alam sekitar.

#5 Sukan larian 

Sebenarnya bukan sahaja larian sesuai untuk introvert, tapi DIVA paling suka larian kerana anda boleh bergerak solo. Pakai earphone dan sedia untuk melangkah! Malah, hasil dari larian dapat mengimbangi semula hormon. Penat tapi anda akan rasa puas, gembira dan sihat.

Foto – Runner’s World

#6 Cafe hopping

Ramai kata aktiviti cafe hopping dah lapuk? Mungkin anda yang tidak faham dalam menilai estetika sesebuah kafe dan kopi. Mood akan berubah kalau anda pergi sendirian, ambil masa dan menikmati kopi kegemaran. Anda boleh rating kafe yang anda suka dan simpan sendiri sahaja.

Selamat sendirian wahai introvert sekalian!

Tags: aktiviti intorvertgaya hidup introverthobi introvert
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    #DIVAKongsi Idea Hobi Untuk Si Introverts Yang Malas Nak Bercampur Dengan Orang!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.