Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Aksesori Tak Masuk Akal! Kolaborasi Nike x Tiffany.Co Tak Berjaya Tawan Peminat

by Indah Aziz
April 15, 2023
Foto - GQ India

Foto - GQ India

17
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kolaborasi paling mengejutkan peminat fesyen sukan, apabila Nike dan Tiffany & Co. mengeluarkan variasi aksesori fesyen edisi terhad. Menurut dari pihak Nike ia sebagai sambutan ulangtahun ke-40 Air Force 1. Jadi kasut ikonik itu juga direka dengan warna hitam baldu dan dipadankan bersama logo Nike berwarna biru Tiffany.

Namun begitu, para peminat tidak begitu teruja dengan kolaborasi ini. Ada yang berpendapat ia suatu gabungan yang ganjil. Apatah lagi sepasang Air Force 1 1837 untuk edisi ini dijual pada $400! Dari sudut rekaan pula tiada yang luar biasa, hanya bertukar warna sahaja.

Foto – Sneaker News

Malah aksesori perak yang turut dikeluarkan seperti wisel, hon kasut, berus kasut dan dubrae dikatakan ‘tidak berguna’. Bayangkan ia dijual sekitar $250 – $475, sungguh tidak berbaloi. Reaksi peminat juga hampa kerana mereka tidak melihat nilai tersendiri pada Tiffany. Adakah ia suatu koleksi edisi terhad yang mempunyai nilai pulangan akan datang?

IKLAN

Pemain industri pula berpendapat, kolaborasi ini merupakan satu langkah untuk Nike dan Tiffany mencari sasaran pelanggan yang baru. Bagi DIVA pula ia satu teknik pemasaran yang terbaik iaitu menggunakan pengaruh tular. Iyalah bila dah jadi macam ini sudah tentu nama dua jenama besar kembali tumbuh dalam minda orang ramai.

Foto – Sole Retriever

Tanpa tunggu lama, Nike segera mengambil LeBron James sebagai duta untuk koleksi ini. Pemain terkenal NBA ini dilihat bergaya menyarung Air Force 1 dan jaket varsity yang hanya direka untuk beliau.

Foto – Juliana Maria

Apakah kolaborasi ini menerujakan peminat Malaysia? Para pembaca berminat tak untuk dapatkan gabungan hitam dan biru laut ini? Pada pendapat DIVA, kalau kasut ditatahkan batu swarovski pasti lebih cantik dan padan dengan dua jenama ini. Setuju?

Tags: kolaborasi nike tiffanynike malaysianike x tiffany.co
Share7SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    Aksesori Tak Masuk Akal! Kolaborasi Nike x Tiffany.Co Tak Berjaya Tawan Peminat

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.