Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Nak Berhenti Minum Kopi? Ketahui Kesan Sampingan Yang Bakal Buat Kamu Sengsara

by Indah Aziz
April 9, 2023
Foto - 1MG

Foto - 1MG

21
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kopi kini sudah menjadi kelaziman dan ada yang sudah mengakui mereka mengalami ketagihan kopi yang luar biasa. Satu hari tanpa kopi, boleh menimbulkan rasa kegelisahan atau cepat panik. Kopi ada nikmatnya tapi kalau rasa nikmat itu sudah menguasai diri, jaga-jaga mungkin anda terperangkap dalam sumpahan kopi.

Niat untuk anda mengawal semula pengambilan kopi mungkin agak sukar. Ini kerana DIVA sendiri belum kuat untuk menempuhinya. Ternyata untuk meninggalkan secangkir tidak mudah, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum buat keputusan untuk berhenti.

  • Sakit kepala berlanjutan

Ini antara simptom yang paling teruk anda akan alami. Sakit kepala yang berlanjutan selepas 24 jam tidak minum kopi. Ia berlaku kerana berlaku pembukaan saluran darah lebih besar berbanding pada hari anda mengambil kopi. Jadi tubuh menerima aliran darah yang lebih cepat.

  • Badan terasa lesu

Mungkin selama ini anda terlalu bergantung pada kopi untuk menghidupkan semangat. Jadi sementara anda buang kopi, badan mula bergantung pada keupayaan sendiri. Anda akan terasa penat dan tidak bermaya.

Foto – Healthday
  • Naik berat badan 

Jika kopi dapat selamatkan anda dari craving makan yang banyak, ternyata tanpa kopi juga boleh membuatkan anda ingin melayan craving pula. Tanpa anda sedar pengambilan junk foods, makanan kalori tinggi atau gula boleh menyerang.

  • Susah untuk fokus 

Anda mungkin akan mengalami ketidakupayaan untuk fokus. Hari-hari awal tanpa kopi anda akan lesu dan berasa kurang produktif.

Jika anda dapat mengatasi kesan diatas percayalah anda akan merasai perubahan diri yang lebih positif. Anda akan menerima tidur yang berkualiti, lebih tenang dan penyerapan nutrisi yang lebih baik. DIVA simpulkan beberapa langkah yang perlu anda ikuti semasa minggu berhenti minum kopi.

IKLAN

#1 Mulakan dengan kuantiti yang sedikit

Ambil kuantiti kopi yang sedikit berbanding sebelum ini. Anda boleh mula dari sedikit demi sedikit sehingga tubuh terbiasa untuk tidak ambil lagi.

#2 Kekalkan hidrasi badan dan rehat

Sentiasa ambil air putih untuk kelancaran aliran darah dan sebaiknya cuba berehat untuk minggu nyah-kopi.

#3 Bersenam

Berikan badan anda serotonin yang diperlukan tapi tidak lagi menggunakan kopi.

Foto – Healthline

Selamat beramal!

Tags: akibat minum kopibahaya kopikesan ketagihan kopi
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Nak Berhenti Minum Kopi? Ketahui Kesan Sampingan Yang Bakal Buat Kamu Sengsara

  3. 3

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  4. 4

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.