Biasakan kita dengar gaya warna rambut brunette?
Mungkin ada diantara keliru apa sebenarnya dimaksudkan dengan warna brunette. Bila lihat pada pelbagai contoh gambar, semuanya kelihatan seperti warna perang atau coklat. Jadi warna brunette yang sering disebut-sebut oleh pakar colorist rambut ini sebenarnya hanya coklat sahaja ke?
Buat pengetahuan anda, brunette ialah perkataan dari perkataan asal Perancis yakni apabila diterjemah ialah keperangan atau kecoklatan. Pun begitu penggunaan brunette kini telah menjadi slang kepada masyarakat. Terutamanya bagi penutur Bahasa Inggeris, brunette dikategorikan untuk wanita atau gadis muda yang memiliki rambut berwarna perang.
Bahkan pemilik rambut brunette juga dianggap sebagai sopan, nerda atau feminin. Kalau dalam filem-filem Hollywood anda akan perasan ada watak gadis brunette bertentangan dengan sifat gadis rambut blonde.
IKLAN
Antara selebriti terkenal yang bangga memiliki mahkota brunette ialah Keira Knightley, Angelina Jolie, Emilia Clark, Mila Kunis, Emma Watson dan ramai lagi. Kalau anda perasan, bukan sahaja rambut tapi warna anak mata mereka juga gelap atau coklat.
Warna ini kedua popular selepas warna hitam dan diwarisi oleh orang Eropah, benua Amerika, masyarakat asli Australia dan sekitar kepulauan Melanesia. Tidak seperti rambut hitam, brunette kaya dengan pigment eumelanin tapi kurang pigment pheomelanin.
Jadi jika anda ke salon dan minta untuk rambut diwarnakan brunette, anda akan dapat hasil rambut perang mengikut kesesuaian warna kulit. Siapa yang ingin terlihat anggun dan sofistikated, warna begini sememangnya sinonim dengan aura begitu.
Agaknya ada tak pembaca DIVA adalah si brunette?