Cukup tidur lapan jam pun masih mengantuk dan payah untuk bangkit dari katil. Ingatkan rasa malas ini sementara sahaja tapi dah berminggu-minggu. Lebih suka terperap didalam bilik dari melakukan aktiviti atau hobi yang anda suka dahulu. Bahkan anda juga fikir tak perlukan apa-apa human touch, lebih baik sendirian sahaja.
Gelombang rasa malas yang anda hadapi ini bukanlah dari sikap malas semata-mata. Ia mempunyai pelbagai faktor antaranya ialah burn-out. Iaitu anda sudah penat dengan rutin atau kerja seharian. Pagi, petang dan malam anda hanya lakukan benda yang sama dan ia akhirnya membawa kepada burn-out iaitu silent stress.
Mungkin yang tengah baca ini tertanya-tanya apa punca jadi malas ini? Padahal anda kerja atau lakukan sesuatu yang anda benar-benar suka. Mari kita sama-sama selidik.
- Kurang nutrisi dalam badan
Cuba anda nilai semula pengambilan makanan yang anda nikmati. Adakah ia berkhasiat, kaya dengan nutrisi dan vitamin untuk menjana kecergasan badan serta minda? Sebaiknya pilih makanan yang mengandungi zat besi, Vitamin B atau Vitamin D untuk menghasilkan kecederasan otak dan mengurangkan rasa penat.

- Jadual harian yang memenatkan
Seperti yang DIVA maklum sebelum ini mungkin jadual harian anda yang terlalu ketat sehingga tiada masa untuk lakukan apa jua refleksi diri.
- Persekitaran yang tertekan
Perangai ahli keluarga, rakan atau teman sekerja yang sedikit sebanyak menganggu ketenteraman minda anda. Jadi anda mula mengambil inisiatif untuk tidak hadir ke acara atau tidak berkomunikasi dengan mereka. Akhirnya anda rasa malas untuk berhubung dengan manusia lain.

- Hidrasi dalam badan rendah
Kandungan air dalam badan sangat baik untuk menyalurkan penggunaan tenaga dengan seimbang. Jika badan anda kurang air, ia boleh membuatkan anda cepat berasa letih, kurang tidur dan anda malas untuk melakukan apa-apa.
- Stress
Tidak lain tidak bukan ialah stress antara punca utama anda rasa malas. Samada stress dengan manusia lain mahupun diri sendiri.

Dah tau? Jadi sekarang mari sama-sama tarik nafas lepaskan perlahan-lahan. Bangun dari katil anda dan pergi mandi. Lakukan perkara yang anda suka dahulu dan cuba betulkan semula perkara-perkara diatas. Sama seperti lepaskan nafas tadi..perlahan-lahan go on with life ya..