Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

#DIVAKongsi Primer Yang Buat Mekap Kamu Glowing & Tahan Lama!

by Indah Aziz
April 3, 2023
Foto - Prevention

Foto - Prevention

26
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sekarang memang zaman bila mekap pun kulit nak nampak sihat sepanjang masa. Jadi konsep glowing makeup bukan lagi trend tapi fokus utama bila ingin hasilkan solekan yang cantik. Betul, sihat itu cantik dan bila kulit berseri dan bersinar itu maknanya kulit anda kuat, kaya hidrasi dan awet muda.

Khuatir bila mekap kulit akan rosak? Jika anda gunakan produk yang selamat dan sesuai pada kulit, tiada lagi kerisauan. Kali ini DIVA nak perkenalkan produk primer yang bakal membantu kulit glowing ketika dalam solekan. Paling penting ia juga boleh buat mekap anda lebih tahan lama.

#1 Touch in Sol Pretty Filter Glassy Skin Balm

Skin balm atau pelembab dari jenama asal Korea Selatan dan buat DIVA jatuh sayang! Ia boleh dijadikan sebagai primer yang dapat mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari.

Foto – ebay

#2 Glow Recipe Watermelon Glow Niacinamide Dew Drops

Serum tapi antara primer terbaik untuk kulit glowing bersama mekap atau tidak. Apatah lagi anda boleh campurkan bersama foundation untuk menambah kilatan hidrasi. Sebenarnya serum dari Glow Recipe ini umpama highlighter versi skincare.

Foto – The Happy Sloths

#3 Rare Beauty Always an Optimist Pore Diffusing Primer

Tak sangka primer ‘air tangan’ Selena Gomez ini jadi pujaan ramai! Ia bukan sahaja mampu menjaga solekan tapi dapat mengurangkan iritasi kulit yang sensitif. Nak guna sebagai pelembab sahaja pun boleh.

Foto – POPSUGAR
#4 Bobbi Brown Vitamin Enriched Face Base
Antara primer yang takkan DIVA berhenti cadangkan pada anda! Ia merupakan primer atau pelembab yang paling kerap digunakan oleh jurusolek professional. Solekan anda akan terlihat seperti real skin dan cukup segar.
Bobbi Brown Vitamin Enriched Face Base
Foto – Bobbi Brown
#5 Smashbox Photo Finish Illuminate Glow Primer

Proses meratakan foundation juga lebih mudah dengan primer ini, kulit terasa lebih licin dan lembut. Hasil pantulan keserian pula memadai dan tidak keterlaluan, siapa yang kulit berminyak juga sesuai. Dari beberapa ulasan juga DIVA perasan primer ini membantu masalah kedutan dan kantung mata. Wow!

Foto – Beauty Bay

Perasan tak, kesemua produk primer yang DIVA letakkan diatas bukanlah primer semata-mata. Serum atau pelembab juga boleh dijadikan sebagai alas mekap bagi memegang solekan kamu lebih lama. Malah pelembab wajah juga antara yang terbaik memberi hidrasi pada kulit untuk kekal glowing dari dasar.

Selamat mencuba!

FILED UNDER guna primer hydratingprimer glowingprimer pelembab
Share10SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  3. 3

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.