Bagi DIVA Rita Ora memang tak pernah kalah pilih busana karpet merah. Dia tetap kelihatan anggun dan cantik biarpun masih mengekalkan gaya chic. Kalau kamu rajin lihat gambar-gambar Rita di Instagram memang banyak stail dan jenama fesyen yang disarung oleh penyanyi ini. Umpanya fesyen memang selalu jadi perkara yang dititikberatkan dan sudah tentu Rita upah stylish yang hebat!
Sejak DIVA selalu stalk Rita di laman Instagram, baru DIVA perasan penyanyi asal Britain ini sering kali mengenakan dress dari warna putih. Jika putih sering disinonimkan dengan warna pengantin, tapi Rita galak memakainya. Secara tak langsung ia menaikkan seri tona kulit sawo matang Rita dan sudah tentu nampak dreamy sangat.
Mari lihat beberapa dress warna putih yang berjaya buat hati DIVA tertarik;
IKLAN
- Dress dari Bulgari ini menyerlahkan lagi kejelitaan Rita, DIVA suka betul dengan potongan dress ini. Sofistikated.
- Seolah menjadi pengantin misteri dalam koleksi vintaj wedding era dari YSL!
- Dress ketat dengan belahan dada dan dipadankan dengan juraian brooch, klasik dan ringkas. Ini merupakan rekaan dari pereka fesyen Perancis, Stephen Rolland.
- Kasi panas sikit warna putih dengan sheer dress! Untuk lebih fun and funky, Rita memakai sandal tumit tinggi warna-warni.
- Ini momen karpet merah ikonik Rita bersama dress putih rekaan Wiederhoeft! Lihat perincian skirt tulle yang luar biasa, ditambah pula korset bahagian atas. Sememangnya dress ini buat Rita seksi dan anggun dalam satu masa.
Kamu pilih stail yang mana?