Enough is enough!
Tak tahu sama ada yang lain perasan atau tidak, kelibat keluarga besar Kardashian-Jenner kini boleh dibaratkan suam-suam kuku. Apatah lagi dengan pelbagai cetusan kontroversi fesyen, bisnes mahupun hantaran di Instagram dan TikTok. Nampaknya semua sudah tidak lagi peduli dengan keagungan yang keluarga ini miliki. Ada yang beranggapan mereka sudah basi dan terlalu jauh dengan realiti kehidupan.
Malah, ada khabar angin mengatakan kemungkinan Kardashian-Jenner tidak lagi dijemput oleh Anna Wintour untuk majlis termasyur Met Gala tahun ini. Ramai yang menarik nafas lega dan merasakan ini perubahan yang dinantikan oleh peminat dan pemain besar industri. Iyalah, setelah apa yang berlaku diantara Kim Kardashian dan dress vintaj Marilyn Monroe. Sudah tentu membuka mata tentang perihal attitude mereka yang sudah lama orang muak.
Dari analisis DIVA sendiri, terdapat empat faktor yang akan menyebabkan Kardashian-Jenner bakal hilang dari radar populariti.
#1 Konsep perniagaan ‘money grab’ keterlaluan
Skims, SKNN, Kylie Cosmetics, Good American, lemme, 818 Tequila dan banyak lagi perniagaan dijalankan oleh adik-beradik ini. Namun semuanya dalam kadar yang memuaskan terutamanya perniagaan fesyen yang dimonopoli oleh Kim Kardashian. Ternyata Skims banyak menerima kritikan keras dari pembeli. Kualiti fabrik, potongan dan rekaan terasa sangat murah dari harga yang dijual.
Manakala jenama Good American yang dahulu digembar-gemburkan sebagai Made in Los Angeles kini mengeluarkan produk mereka di Turki dan China. How come?
Paling terbaru ialah apabila Kourtney Kardashian mengeluarkan produk berasaskan vitamin, lemme. Antara produk ‘sampah’ yang diselar oleh nitezen ialah vitamin yang boleh membuatkan bahagian sulit anda wangi dan sihat.
#2 Kontroversi dan kontroversi
Tiada yang mustahil dalam keluarga Kardashian-Jenner untuk menghasilkan kontroversi. Namun ia boleh dijadikan satu teknik pemasaran dan kandungan dalam rancangan realiti mereka. Semua dalam hidup mereka bersifatkan marketing dan perniagaan. Cari mereka untuk popular ialah mencipta cerita panas, sambil itu boleh promote jenama masing-masing.
IKLAN
Boleh lihat sendiri apa yang berlaku antara Kim – Balenciaga, sementara Balenciaga diheret oleh netizen. Kim dengan sedaya upaya mempromosikan Skims dan selepas kontroversi reda. Dia mengambil keputusan untuk menyambung semula kerjasama dengan jenama bermasalah itu. Respect untuk komuniti langsung tidak ada.
#3 Tiada contoh modal insan
Hantaran gambar kemewahan mereka tidak lagi menjadi ketagihan warga Instagram. Kylie Jenner baru-baru ini dihentam teruk kerana menayang private-jet dia dan teman lelaki, Travis Scott. Kemewahan bukan lagi yang ingin dilihat pengguna internet, ternyata ramai yang mahukan sesuatu yang lebih bermanfaat.
Sama juga dengan kisah dilema Khloe Kardashian yang tidak sudah-sudah. Saat Khloe mengambil keputusan untuk berbaik semula Tristan Thompson buat ramai naik jelak. Sudah dicurangi sebanyak dua kali, tapi masih menerima kembali. Lebih menakutkan, Tristan curang dengan kehadiran bayi baru!
#4 Tak laku di TikTok
Bahagian ini paling lucu pada DIVA! Nampaknya vibe Kardashian-Jenner paling tidak laku di TikTok. Apabila mereka posting video yang mewah, dihentam. Kalau mereka cuba posting video untuk kelihatan relatable, ramai yang terasa cringe!
Apatah lagi, Kylie cuba aktif di TikTok dan merakam video yang kelihatan amatur dan naif. Semuanya demi Kylie Cosmetics yang dikatakan sudah surut permintaanya.
Menurut dari penilaian pakar popculture internet, Kardashian-Jenner tidak akan ‘ghaib’ dalam masa terdekat. Ia mengambil masa dalam beberapa tahun lagi untuk membersih internet dari wajah mereka kerana jutaan pengikut di Instagram masih menjadi ketagihan jenama yang ingin bekerjasama dengan mereka.
Pada pendapat DIVA pula mungkin followers ramai tapi bagaimana pula dengan post engagement? Cakap-cakap mengenai kejatuhan era Kardashian seperti diraikan oleh netizen. Ada yang sudah tidak sabar untuk mereka kehilangan status mega-influencer.
Adakah ramalan kita semua akan menjadi? Wait and see.