Lama juga tidak dengar khabar Ferragamo dan sudah lama juga kita disepikan dengan trend fesyen terkini. Nah, ada cerita terbaru dari Ferragamo yang kini melangkah era fesyen modenisasi setelah dikelola oleh Maximiliam Davis.
Menurut Vogue, pengarah kreatif terkini Ferragamo mahu memperbaharui citarasi pada label Florentine dan mencantumkan semula karya klasik dan terkini.
Ternyata debut pertama Maximiliam berjaya apabila koleksi beg tangan baharunya diangkat menjadi IT beg. Ia sebuah beg bahu dengan potongan lopong bagi menyerlahkan warna dan bentuk beg ini. Ternyata ia memberi nafas yang segar untuk peminat fesyen kontemporari.
IKLAN
Lihat sahaja gaya Dua Lipa yang menjinjit beg tangan ini. Ia sesuai untuk gaya kasual atau street-style, sudah tentu ia bakal menjadi mainan anak-anak gadis IT.
Apa yang menarik perhatian DIVA, pilihan kombinasi warna beg ini cukup minimal dan mudah digayakan. Apatah lagi bahagian luar beg ini umpama sarung yang boleh ditukar. Cukup kreatif!
Beg ini juga mempunyai dua saiz yang berbeza dan tali bahu boleh dilaras mengikut kesesuaian. Bagi DIVA ini sebuah beg yang cukup ideal untuk dibawa kemana-mana sahaja, apatah bahagian dalamnya cukup luas.
Masih mencari beg tangan yang baru? Apa kata copy-paste Dua Lipa!