Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

3 Mitos Cara Cuci Wajah Yang Salah, Mari Kita Betulkan Sebelum Kulit Rosak!

by Indah Aziz
March 26, 2023
Foto - Byrdie

Foto - Byrdie

37
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Langkah penjagaan yang paling asas dan awal perlu dilakukan ialah mencuci wajah. Ia cara terbaik yang menjamin kebersihan wajah pada waktu pagi dan malam. Mencuci wajah juga memberi kesegaran dan rawatan optimum pada kulit wajah.

Benar memang banyak terdapat produk, teknik dan tips mencuci kulit wajah. Namun anda perlu tahu ada juga mitos mengarut yang didengari seperti berkesan tapi sebenarnya boleh merosakkan wajah. Biasanya mitos ini kononnya membersih wajah sebersih yang mungkin dan berkesan.

Foto – New York Magazine

Mari semak tiga mitos yang sentiasa menjadi tanggapan yang benar, kalau ada yang anda lakukan. Hentikan sekarang dan tukar kepada tips yang lebih tepat dari DIVA.

Mitos #1: guna air panas untuk singkirkan kotoran dan minyak 

Kulit wajah bukan pinggan mangkuk yang perlu dibilas atau direndam dengan air panas! Cukup sekadar air suam atau suhu bilik yang juga berkesan membersih kotoran dan lebihan minyak pada wajah. Jangan lupa produk pencuci wajah juga akan membantu membersih pori-pori jauh kedalam. Jika anda cuci dengan air panas, kemungkinan berlaku lecur, iritasi dan kulit bahkan terasa lebih kering.

Mitos #2: kerap mencuci wajah lebih baik 

Jangan mudah terpengaruh amalan mencuci wajah setiap masa, apatah lagi anda mencuci dengan produk pembersih. Ia boleh menganggu keseimbangan pH kulit dan sudah tentu kulit akan menjadi kering. Cuci wajah hanya sekadar dua kali sehari sahaja, pada waktu pagi dan waktu malam sebelum tidur. Done!

Foto – Vinmec

Mitos #3: wajib double-cleans setiap hari 

Antara mitos yang sangat ramai salah faham tentang teknik double-cleanse. Teknik hanya boleh dipakai jika anda memakai mekap atau mekap kalis air. Tidak perlu pun lakukan double-cleanse pada setiap hari. Risau ya kulit akan mengalami iritasi kerana terbeban dengan cucian wajah yang berat.

BACA:  Patut Tak Bersih-Bersih, Ini Kesilapan Biasa Kamu Lakukan Ketika Cuci Muka
Foto – CLAY + essence

Dah faham? Selamat beramal!

FILED UNDER cara betul cuci kulit mukatips cuci muka
Share15SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.