Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Hiburan

Hadiah Pakej Percutian Dan Botox! Gift Bag Anugerah Oscar Versi Mimpi Kayangan

by Indah Aziz
March 25, 2023
Foto - MICHAEL TRAN/AFP via Getty Images

Foto - MICHAEL TRAN/AFP via Getty Images

20
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Minggu lalu berlabuh tirai Academy Awards 2023 ataupun Oscar Academy dengan kemenangan yang diraih gemilang oleh filem Everything Everywhere All at Once. Tujuh trofi patung emas disapu habis oleh EEAO satu malam itu. Malah aktres kebanggaan Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Oscar 2023.

Berita mengenai kemenangan, acara after party dan busana selebriti sudah sinonim pada malam glamor tersebut. Namun kali ini ada kisah menarik terbongkar iaitu hadiah-hadiah yang diterima oleh para aktres atau produksi sebagai cenderahati. Iya, bukan semua yang hadiri majlis anugerah yang dapat. Hanya para pencalonan sahaja yang akan menerima pelbagai goodies mewah.

Foto – India Times

Menurut dari pelbagai sumber, sebuah syarikat yang dikenali Distinctive Assets telah menawarkan beg hadiah ‘Everyon Wins’ untuk mereka yang tercalon. Apa yang mengejutkan semua hadiah tersebut bukanlah penajaan dari mana-mana jenama atau produk. Beg cenderahati itu dikatakan bernilai $126,000!

Hadiah yang paling mahal ialah pakej penginapan sebuah resort terkemuka di Ottawa, Kanada. Penginapan tiga hari dua malam dengan belanja $40,000. Malah ada juga yang menerima pakej percutian di Ischia, Itali dengan harga $9,000.

IKLAN

Bukan itu sahaja, ia disertakan pakej-pakej rawatan kecantikan yang cukup luar biasa. Seperti pakej liposuction, Botox, filler dan banyak lagi sehingga mencecah kos $12,000. Hadiah yang paling murah sabun buatan tangan Shiner Radiance Wash dalam RM130, katanya ini sabun kegemaran Oprah Winfrey.

Foto – Style Caster

Teruja bukan? Walaupun nilai hadiah mahal dan mewah, ada teori yang membabitkan tentang cukai. Sumber dari Insider mendakwa kemungkinan para penerima beg hadiah akan dikenakan cukai jika menggunakan pakej hadiah tersebut.

Tak pasti kalau dekat Malaysia bagaimana, terima hadiah berupa ribuan dolar adakah dikenakan cukai. Biasanya siapa yang terima hadiah berbentuk wang sahaja atau seperti aset. Seronok dapat hadiah tapi kena bayar cukai pula. Kalau DIVA tak kisah pun sebab barang dah dapat percuma, lunaskan saja permintaan kerajaan.

Foto – In The Know

Tapi apa pendapat pembaca tentang gift bag Oscar ini? Kalau dapat apa yang anda akan lakukan.

Tags: beg cenderahati oscargift bag oscarhadiah oscar 2023
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  4. 4

    Hadiah Pakej Percutian Dan Botox! Gift Bag Anugerah Oscar Versi Mimpi Kayangan

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.