Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Vanessa Hudgens Rebrand Know Beauty, Tapi Fans Dah Naik Jemu?

by Indah Aziz
March 25, 2023
Foto - Fashionista

Foto - Fashionista

18
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Yup, lagi jenama kecantikan selebriti!

Mungkin ada yang ketinggalan cerita tentang Vanessa Hudgens dan Madison Beer sama-sama membangunkan jenama kecantikan Know Beauty sekitar Jun 2021. Namun pada awal tahun ini, penyanyi berusia 22 tahun itu mengambil langkah untuk memberi tanggungjawab sepenuhnya kepada Vanessa Hudgens. Menurut Vanessa sendiri, Madison sangat sibuk dengan urusan kerjaya sebagai penyanyi dan merasakan tidak cukup tangan untuk memberi sepenuh perhatian pada Know Beauty.

Foto – Allure

Minggu ini DIVA dapat tahu Vanessa rebrand semula Know Beauty dengan logo dan warna jenama yang baharu. Bahkan misi yang dibawa Know Beauty juga terarah kepada satu masalah kulit sahaja, iaitu jerawat atau acne-prone. Tidak seperti yang dahulu kononnya ingin membantu masalah kulit melalui DNA!

Nampaknya pengumuman melalui Instagram tidak mendapat sambutan yang menggalakan. Rata-ratanya sudah jenuh dengan jenama kecantikan selebriti yang sudah berlambak di pasaran. Lebih mengejutkan Know Beauty hanya mengeluarkan satu produk sahaja untuk pelancaran terbarunya.

Foto – People

Produk pertama Vanessa ialah Glacial Bay Clay Mask iaitu masker muka dari tanah liat. Ia bersesuaian dengan misi yang dibawa oleh Know Beauty untuk membantu mereka yang mengalami kulit berminyak dan jerawat. Bahan yang digunakan seperti tanah liat kaolin dikatakan membantu menyerap lebihan minyak, kotoran, menyingkirkan kulit mati dan melegakan iritasi kulit.

Namun adakah ia satu produk yang essential untuk semua orang? Sebenarnya banyak persoalan bermain dibenak peminat. Apatah lagi, bila Know Beauty mengumumkan pelanggan boleh membeli masker ini di Amazon. Tidak seperti jenama kecantikan lain yang memasarkan di Sephora, Ulta Beauty dan sebagainya terutamanya di Amerika Syarikat. Jadi peminat berasa goyah aura eksklusif Know Beauty.

Foto – InStyle

Harga masker ini juga bukan biasa-biasa, ia dijual pada $35 USD sekitar RM160 bersaiz 1.7 fluid ounce yakni 150ml. Bagi anda berbaloi ke? DIVA tinggalkan soalan ini untuk anda fikir.

Kalau pembaca nak tahu, Vanessa Hudgens kini memegang banyak perniagaan antaranya dua produk minuman. Apa yang DIVA dapat selidik kedua-dua jenama ini hanyalah sebagai jawatan pengasas bersama. Bercampur-baur perasaan peminat tentang Know Beauty, ada yang teruja dan tetap ada yang menolak selebriti yang menjual.

FILED UNDER know beauty malaysiaknow beauty vanessa hudgens
Share7SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  3. 3

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.