Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

#DIVAKongsi Idea Menu Sayuran Yang Sihat & Simple Untuk Bersahur

by Indah Aziz
March 12, 2023
Foto - Self

Foto - Self

36
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sayur antara bahan menu yang sentiasa dilupakan ketika bulan Ramadan. Ada yang berpendapat jika makan sayur dalam keadaan perut kosong, boleh menyebabkan sakit perut dan sebagainya. Sebenar pendapat itu tidak berapa tepat. Sayur mentah atau sayur tinggi serat sahaja boleh menyebabkan ketidakselesaan perut. Jadi kita kena bijak membuat pilihan aneka sayur-sayuran untuk diambil semasa sahur.

Pakar pemakanan mencadangkan mengambil sayur-sayuran yang tinggi kandungan air. Ia berupaya membantu memudahkan sistem pencernaan dan memberi tenaga yang baik pada tubuh badan.

Tak pasti sayur apa yang baik untuk kamu? DIVA sediakan senarai ringkas dibawah untuk djadikan idea menu sahur berasaskan sayur.

#1 Sayur capcai

Mudah untuk dimasak dan sayur yang digunakan dalam menu ini cukup menyelerakan. Seperti lobak, cendawan dan kubis bunga mengandungi kandungan air yang tinggi.

Foto – Detikfood

#2 Sup sayur telur 

Pelbagai aneka sayur dan tambahan telur serta kentang menjadikan ia menu yang lengkap. Anda boleh nikmati bersama mee atau nasi putih.

IKLAN

Foto – tumis.my

#3 Tumis terung

Terung cukup popular untuk masakan tumis sambal begini. Namun hati-hati, sambalnya jangan terlalu pedas pula ya. Terung dikatakan sayur yang tinggi serat, namun tidak menyebabkan perut menghadam terlalu cepat.

Foto – Resepi Che Nom

#4 Caeser salad

Menu simple untuk orang bujang lah katakan. Caeser salad ini lengkap dengan protein dan kalori rendah dari sayur segar seperti romaine lettuce.

Foto – The Spruce Eats

#5 Sup bayam

Menu air atau sup begini memang membangkitkan selera dan mudah untuk dimakan oleh anak-anak ketika bersahur. Bayam juga antara sayur yang rendah kalori dan mempunyai pelbagai vitamin untuk ketahanan tubuh badan.

Foto – Azlita Masam Manis

#6 Kangkung goreng

Tahu tak, kelebihan kangkung melancarkan penghadaman dan mengawal paras gula dalam darah. Jadi memang sangat baik untuk dijadikan menu sahur.

Foto – Cookpad

Selamat mencuba!

Tags: menu sahur sihatmenu sayur sahursahur makan sayur
Share14SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    #DIVAKongsi Idea Menu Sayuran Yang Sihat & Simple Untuk Bersahur

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.