Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Inspirasi Gaun Kahwin Dari Vivienne Westood, Cipta Aura Pengantin Jelita Sepanjang Zaman

by Indah Aziz
March 4, 2023
Foto - James Devaney/GC Images

Foto - James Devaney/GC Images

21
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Pengaruh gaya punk dihidupkan dalam majlis fesyen mewah, ia merupakan satu karya agung dari mendiang Vivienne Westwood. Beliau telah meninggalkan industri fesyen pada 22 Disember 2022, namun legasinya masih lagi bertahan dalam memberi hembusan nafas yang sama.

Menariknya, hamparan bagi koleksi pengantin Vivienne Westwood menjadi angan-angan siapa sahaja. Lihat sendiri potongan, drape, fabrik dan struktur setiap gaun pengantin rekaanya. Seolah-oleh memahami kehendak isi hati seorang pengantin yang mahu kelihatan jelita, anggun dan sofistikated.

Sesuai untuk anda yang ingin mengenakan tema English Wedding, mungkin boleh mengambil inspirasi Vivienne Westwood sebagai ‘teman baik’ majlis nanti.

  • Vivienne Westwood Cocotte Wedding Dress 2020 

Potongan kemas pada garis leher dan bahu menyerlahkan mood pengantin yang anggun. Biarpun terlihat ringkas tapi ini antara baju pengantin yang akan kekal relevan sepanjang masa.

Foto – Vivenne Westwood
  • Vivienne Westwood Minerva Wedding Dress 2020

Lihat idea belakang split dress ini! Ia mencetuskan mood pengantin lebih chic dan cool. Pilihan fabrik satin pula menambah seri pengantin.

Foto – Vivenne Westwood
  • Vivienne Westwood Cape Ball Tie Wedding Dress 2021

Layah dengan helaian renda membangkitkan rasa romantis pada si pemakai. Suka betul bahagian atas yang dirapikan dengan lisu kemas, nampak badan lebih langsing.

IKLAN

Foto – Vivenne Westwood

Vivienne Westwood Silvermoon Wedding Dress 2021 

Kombinasi moden dan klasik pada satu masa yang sama! Gaun yang lengkap penuh renda halus dan memberi daya dinamik pada jambangan kelopak.

Foto – Vivenne Westwood
  • Vivienne Westwood Princess Wedding Dress 2022

Potongan ‘puteri’ yang sememangnya jadi idaman ramai bukan? Biarpun gaya baju ini ringkas tapi mempunyai keunikan sendiri. Yakni pada skirt kembang bertingkat, korset tegap bahagian atas dan menggunakan fabrik renda.

Foto – Vivenne Westwood
  • Vivienne Westwood Floral Bridal-Couture 2022

Ada berani? Ini merupakan dari pilihan couture yang diinspirasikan dari pengantin 20-an. Sarat bersama perincian bunga dan sedikit see-through pada bahagian skirt.

Foto – Vivenne Westwood

Semoga berinspirasi!

Tags: baju pengantin vivienne westwooddress vivienne westwoodvivienne westwood malaysia
Share8SendShare

Artikel Berkaitan

Foto - Hijabista
Fesyen

[Edisi Raya 2023] Sejadah Pilihan Sebagai Buah Tangan Ramadhan & Aidilfitri Untuk Keluarga

March 26, 2023
Foto -  Tristan Fewings/Getty Images for Moschino
Fesyen

Selamat Tinggal Jeremy Scott, 5 Look Moschino Unik & Fun Ini Memorable Bagi DIVA

March 25, 2023
Foto - Milala Attire
Fesyen

[Edisi Raya 2023] Brand Tudung Premium Tempatan, Baru Ada Aura High Class!

March 12, 2023
Foto - About Her
Fesyen

Cute & Feminin Dari Loewe! Semak Item Fesyen Ini Dulu Sebelum Checkout

March 11, 2023

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Inspirasi Gaun Kahwin Dari Vivienne Westood, Cipta Aura Pengantin Jelita Sepanjang Zaman

  3. 3

    Hidu Vicks Inhaler Batal Puasa? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.