Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

BB Cushion Bawah RM50, Jamin Mekap Kamu Tetap Terlihat Elok!

by Indah Aziz
February 25, 2023
Foto - Editorialist

Foto - Editorialist

20
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kalau sebut BB Cushion pasti semua dah tahu tentang kelebihan dan hasil yang diberikan pada solekan. Rata-rata yang memakai BB Cushion mahukan solekan terlihat natural dan berseri-seri.

Jika dahulu BB Cushion hanya terdapat dalam jenama asal negaranya, Korea Selatan. Namun kini terdapat lebih banyak pilihan jenama BB Cushion dari pelbagai jenama luar negara mahupun tempatan. Yakni boleh disesuaikan untuk jenis masalah kulit, tona kulit dan finishing yang selain dewy seperti matte.

Nah, buat anda yang mungkin ada bajet ketat untuk BB Cushion. DIVA disini untuk membantu anda dapatkan pilihan BB Cushion yang murah bawah RM50 dan paling penting ia tetap memberi hasil yang cantik pada keseluruhan wajah.

  • Wardah Colorfit Perfect Glow Cushion [RM36.50]

Jika kamu memiliki kulit jenis berminyak, ini BB Cushion paling sesuai untuk anda. Ia boleh menahan kilatan wajah sehingga 12 jam serta memberi kelembapan pada kulit berpanjangan. Siapa yang sukar cari tona medium, Wardah menyediakan lebih lapan tona sesuai untuk wanita Asia Tenggara.

Foto – Daily Female Editorial
  • Missha Magic Cushion Cover Lasting [RM45.00]

Rumusan BB Cushion dari Missha ini ternyata untuk semua jenis kulit. Ia mudah blend dan kelihatan sekata hanya dalam satu sapuan. Anda boleh pilih untuk hasil lapisan bedak kesan dewy (moist up) atau matte (cover lasting), dalam dua rona natural.

IKLAN

Foto – Lazada
  • Y.O.U Simplicity Series CC Cushion [RM47.90]

Pasti ramai pelik, ini kan CC Cushion bukannya BB Cushion? Benar tapi ia tetap jadi pilihan DIVA kerana hasilnya hampir sama dengan BB Cushion. Namun apa yang best ialah formulasi CC Cushion dari Y.OU ini mampu memudarkan cela pada wajah. Jadi ia pilihan yang terbaik!

Foto – Shopee
  • Sace Lady Air BB Cushion Waterproof [RM49.00]

Kamu mahu BB Cushion yang tahan laa dan kalis air? Sace Lady antara jenama BB Cushion yang ekstrem! Ia hasilkan kulit kamu licin, bebas minyak dan melindungi dari sinaran matahari dengan SPF50 +++. Terdapat empat pilihan rona dari cerah hingga medium. Apa yang DIVA suka anda boleh dapatkan refill cushion juga!

Foto – Amazon
  • Silkygirl Magic BB Cushion [RM49.90]

Jenama Silkygirl paling popular untuk produk solekan affordable! Katanya ia diformulasi khas untuk masalah kulit wanita Asia. Menariknya, ia mengandungi bahan semulajadi yang mampu mengekalkan wajah kelihatan segar dan berseri. Bagi yang kulit sensitif, usah khuatir BB Cushion ini bebas dari sebarang wangian tambahan.

Foto – Watsons

Tak perlu keluar rumah nak beli, cuma klik sahaja melalui pautan harga yang DIVA telah sediakan. Selamat membeli-belah!

Tags: bb cushion murahbb cushion rm50bb cushion shopee
Share8SendShare

Artikel Berkaitan

Foto - Byrdie
Kecantikan

3 Mitos Cara Cuci Wajah Yang Salah, Mari Kita Betulkan Sebelum Kulit Rosak!

March 26, 2023
Foto - Fashionista
Kecantikan

Vanessa Hudgens Rebrand Know Beauty, Tapi Fans Dah Naik Jemu?

March 25, 2023
Foto - NY Post
Kecantikan

Tiada Lagi Trend Badan Curvy, Ramai Pula Idam Badan Langsing Seperti Kate Moss

March 12, 2023
Foto - E! Online
Kecantikan

Serum Vitamin C Bawah RM50, Janji Kulit Cerah Tanpa Dompet Koyak!

March 11, 2023

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    BB Cushion Bawah RM50, Jamin Mekap Kamu Tetap Terlihat Elok!

  3. 3

    Hidu Vicks Inhaler Batal Puasa? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.