Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Fesyen Guna Kepala Haiwan Oleh Schiaparelli, Ramai Lontar Pendapat ‘Mixed Feelings’

by Indah Aziz
February 19, 2023
Foto - PEOPLE

Foto - PEOPLE

14
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Pentas peragaan Schiaparelli’s Spring 2023 Haute Couture di Paris baru-baru ini mengembalikan kehangatan industri fesyen. Bukan sahaja tentang busana yang dipamerkan, para hadirin yang muncul juga tidak mahu kalah!

Lihat sahaja apabila Doja Cat muncul seperti biji merah saga. Seluruh tubuhnya diselaputi batu berkilat Swarovski. Pempengaruh popular, Kylie Jenner turut bergaya dengan busana couture dari Schiaparelli. Bagi DIVA, Kylie sudah jadi ‘spoiler’ untuk acara tersebut. Suka betul cari perhatian!

Foto – GUAP Magazine

Idea dari pereka fesyen Daniel Roseberry dalam kreatif couture kali ini telah meninggalkan reaksi bercampur-baur. Konsep kepala haiwan dalam setiap gaun ringkas mempunyai maksud tersendiri.

Bermula dengan gaun yang digayakan Shalom Harlow, corak harimau bintang yang dilukis semula bersama kepala harimau bintang. Diikuti dengan gaun hitam Irina Syak yang ditambah kepala singa. Dua rekaan ini seakan gimik dan tidak tipu memang ada kesan ‘wow’.

Foto – W Magazine

Kemudian muncul Naomi Campbell dengan kot labuh berbulu (palsu) dan kepala serigala sebagai ‘hiasan’ di kiri bahu.

Foto – Fashionista

Saat gambar-gambar ini tersebar muncul komen-komen kurang enak. Terutamanya dari komentar pencinta haiwan yang kecewa dan tidak teragak-agak menulis ‘ini merupakan fesyen mengangkat kekejaman haiwan’.

Sabar…semua kepala harimau, singa dan segala diatas bukanlah dari haiwan yang sebenar. Ia merupakan hasil kerja tangan yang begitu halus mencipta semula ciptaan unik tuhan. Sebagaimana terjemahan dari pereka yang ingin melahirkan semula keagungan alam semulajadi.

Foto – Vogue

Tujuan utamanya pula memperlihatkan semula konsep couture. Iaitu pereka yang berani mengambil risiko dalam mengetengahkan teknik yang terperinci.

Foto – Pure

Sebagaimana komen Danie Roseberry tentang isu ini…

”It is a reminder that there is no such thing as heaven without hell; there is no joy without sorrow; there is no ecstasy of creation without the torture of doubt. My prayer for myself is that I remember that always — that, on my most difficult days, when inspiration just won’t come, I remember that no ascension to heaven is possible without first a trip to the fires, and the fear that comes with it. Let me embrace it always.”

Tanpa ragu-ragu, peragaan Schiaparelli kali ini berjaya. Bravo!

BACA:  Ala Sci-Fi, Luar Biasa Sekali Koleksi Fesyen Couture Schiaparelli Untuk Tahun 2022
FILED UNDER schiaparellischiaparelli couture 2023schiaparelli malaysia
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.