Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Nak Healing? Ini Buku Kembali Tumbuh Paling Popular Untuk Kamu Dalami..

by Indah Aziz
February 18, 2023
Foto - DYROGUE

Foto - DYROGUE

29
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Pilihan genre buku ‘healing’ semakin mendapat tempat dikalangan pembaca. Malah sudah banyak juga penerbitan buku tempatan mengeluarkan buku-buku terapi jiwa. Kita sedia maklum peningkatan gangguan mental yang berlaku era masa kini. Jadi pilihan bacaan begini sedkit sebanyak dapat membantu pembaca yang mencari kesembuhan jiwa dan mental.

Sebenarnya buku healing terdapat banyak kategori ada yang berbentuk keagamaan, motivasi kerjaya atau kekeluargaan, puisi dan banyak lagi. Namun ia tetap fokus dalam mengembalikan kesejahteraan diri pada pembaca dan membangunkan semula sudut positif yang mungkin sudah dilupakan.

Buat anda yang masih lagi baru untuk mengenali dunia healing, DIVA ada beberapa tajuk buku healing terbaik dari penulisan tempatan serta luar negara.

  • Tenang, Kamu Mampu – Hana Dahlia [BELI]

238 halaman yang padat dengan teguran dan nasihat tentang isi kehidupan. Ia sebuah buku yang mengajak pembaca untuk berdamai dengan ujian, takdir dan beban dunia yang dihadapi.

Foto – Walniq Empire
  • Hiduplah Untuk Hari Ini – Muhammad Al-Ghazali  [BELI]

Melalui buku ini penulis mashyur Mesir, Muhammad Al-Ghazali menawarkan solusi lampau dan kini dengan panduan dari al-Quran serta hadis. Malah ia mendidik bagaimana cara megurusan emosi dengan lebih baik.

Foto – Shopee
  • Tak Perlu Hal Luar Biasa Untuk Bahagia – Ikhsanudin [BELI] 

Sebuah karya penulis Indonesia yang membahas erti sebenarnya kebahagiaan dan ketenangan. Kata-kata dari penulis sungguh menenangkan pembaca dan menyembuhkan luka hati yang penat mengejar nikmat dunia yang sukar terusik.

Foto – AISAYLETTER
  • Maaf Tuhan Aku Hampir Menyerah – Alfialghazi [BELI]

Bacaan yang mengembalikan semula keseimbangan bagi mereka yang hampir berputus asa dengan hidup. Mungkin ada masalah yang tidak boleh diselesaikan dengan mudah, namun buku asal negara seberangnya dapat membantu kita menikmati rasa sakit dan kecewa.

Foto – Kompasiana.com
  • Berdamai Dengan Ketidakpastian – Imran Zaki [BELI]

Sebuah buku healing terbaru dari penulis Imran Zaki. Penulisan yang berbicara tentang perasaan manusia yang sentiasa dalam ketidakpastian rencana hidup. Ia sebuah buku yang bakal menyembuhkan hati manusia yang sentiasa berprasangka dan ketidaktahuan.

Foto – Kedai Dr. Maszlee

Selamat membaca dan kembali sembuh serta tumbuh. Salam sayang, DIVA.

FILED UNDER buku healing 2023buku healing malaysiabuku terapi melayu
Share12SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.