Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Pharrell Williams Kini Pengarah Kreatif Louis Vuitton, Tapi Kenapa?

by Indah Aziz
February 18, 2023
Foto - DMARGE

Foto - DMARGE

13
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Gempar seketika pada tarikh 14 Februari lalu, apabila Louis Vuitton mengumumkan rapper penyanyi dan penerbit muzik terkemuka Pharrell Williams sebagai Pengarah Kreatif baru untuk koleksi pakaian lelaki. Ia bermakna teka-teki figura yang menggantikan mendiang Virgil Abloh kini terjawab. Namun begitu, timbul persoalan lain, mampukah Pharrell menandingi karya Virgil?

Silap besar jika hanya mengenali Pharrell sebagai seorang pemuzik, beliau juga merupakan individu yang berpengaruh dalam dunia fesyen. Khususnya gaya fesyen jalanan dan hip-hop. Banyak gaya-gaya yang dikenakan pada hari ini telah dimainkan oleh Pharrell. Malah, rapper Tyler, the Creator kerap mengagungkan Pharrell yang dianggap bukan sahaja guru dalam rap tapi fesyen.

Mungkin ada yang anggap, ini baru pertama kali Pharrell mengatur langkah dalam generasi label fesyen mewah. Mari lihat alasan yang membuatkan Louis Vuitton layak mengajikan Pharrel Williams.

IKLAN

  • Keakraban Pharrell bersama pereka fesyen asal Jepun, Nigo berjaya mengangkat jenama Billionaire Boys Club sebagai fesyen mewah jalanan pada tahun 2003.
Foto – Dimitrios Kambouris/Getty Images
  • Pharell pernah bekerjasama singkat dengan Louis Vuitton sekitar 2004 dan 2008. Beliau diberi peluang menghasilkan rekaan aksesori untuk label terkemuka ini.
Foto – Tatler Asia
  • Awal tahun 2022, Pharrell sekali lagi mencipta sensasi apabila mengeluarkan koleksi barangan kemas gandingan sama Tiffany & Co. Yakni merupakan jenama aksesori mewah dibawah payung LVMH.
Foto – Female Mag
  • Penerbit muzik legend ini juga pernah diangkat menjadi duta lelaki pertama untuk Chanel. Kemudian, Pharrell bersama Karl Lagerfeld mengeluarkan koleksi The Chanel Pharrell.
Foto – Vanity Fair
  • Selain itu, Pharell menjadi orang tengah dalam kolaborasi Chanel dan Adidas pada tahun 2017. Bayangkan yang menunggu untuk buat tempahan seramai 120,000 orang. Namun, hanya 500 pasang kasut sahaja yang tersedia. Fuh!
Foto – Hypebeast

Jadi no wonder lah Louis Vouitton yakin dengan ilmu artistik yang ada pada Pharrell Williams. Debaran untuk menunggu koleksi pertama Pharrell dan LV akan diperagakan pada bulan Jun di Minggu Fesyen Lelaki Paris.

Sama-sama kita nantikan dan tahniah Pharrell Williams!

Tags: fesyen pharrell williamspharrell williams louis vuitton
Share5SendShare

Artikel Berkaitan

Foto - Hijabista
Fesyen

[Edisi Raya 2023] Sejadah Pilihan Sebagai Buah Tangan Ramadhan & Aidilfitri Untuk Keluarga

March 26, 2023
Foto -  Tristan Fewings/Getty Images for Moschino
Fesyen

Selamat Tinggal Jeremy Scott, 5 Look Moschino Unik & Fun Ini Memorable Bagi DIVA

March 25, 2023
Foto - Milala Attire
Fesyen

[Edisi Raya 2023] Brand Tudung Premium Tempatan, Baru Ada Aura High Class!

March 12, 2023
Foto - About Her
Fesyen

Cute & Feminin Dari Loewe! Semak Item Fesyen Ini Dulu Sebelum Checkout

March 11, 2023

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Pharrell Williams Kini Pengarah Kreatif Louis Vuitton, Tapi Kenapa?

  3. 3

    Hidu Vicks Inhaler Batal Puasa? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.