Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Teringin Nak Cuba Produk Hourglass? Ini Yang Jadi Favourite Ramai..

by Indah Aziz
February 12, 2023
Foto - Project Vanity

Foto - Project Vanity

16
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Hourglass bukan calang-calang lagi dalam jenama solekan mewah. Kalau dari review pengguna memang berduyun-duyun pujian dan kata puas hati dilemparkan. Ternyata usaha pengasasnya Carisa Janes membuahkan hasil.

Bukan sahaja hasil produk yang mendamba hati, rekaan palet dan botol produk juga memiliki nilai estetika tersendiri. Formulasi produk Hourglass pula vegan, bebas dari sebarang proses ujian pada haiwan dan mengadaptasi dari pelbagai formula inovatif.

Buat anda yang pertama kali mahu mencuba Hourglass, anda boleh dapatkan di Sephora Malaysia. Nanti dulu, biar DIVA cadangkan beberapa item paling terbaik dari Hourglass.

  • Ambient Soft Glow Foundation [RM290]

Tekstur foundation yang agak cair membuatkan ramai yang menyukai foundation ini. Ia menghasilkan lapisan foundation yang tampak natural dan berseri.

Foto – Carousell
  • Ambient Lighthing Palette [RM360]

Sebenarnya ada tiga rona untuk palet ini untuk disesuaikan fair, medium dan dark. Mungkin mahu ada kilatan pada wajah tapi tidak mahu keterlaluan, ini palet yang paling diminati ramai. Pigmen halus kilatan membuatkan wajah glowing dan menaikkan sudut dimensi tercantik.

Foto – Hourglass Cosmetics
  • Vanish Airbrush Primer [RM285]

Tak tahu nak pilih primer apa sebab mood kulit sentiasa berubah-ubah? Nah, primer dari rangkaian koleksi Vanish ini sesuai untuk semua jenis kulit. Ia primer berasaskan gel yang mudah menyerap dan memberi efek pori-pori mengecil serta kulit tampak lebih halus. Malah, solekan anda juga boleh tahan lebih lama!

Foto – Hourglass Cosmetics
  • Vanish Seamless Finish Foundation Stick [RM250]

Produk yang paling banyak terima pujian dan berkali-kali repurchase dari peminat Hourglass. Foundation stick yang sangat lembut, berkrim dan tidak mengeringkan kulit. Mudah sahaja untuk blend pada seluruh wajah dengan menggunakan berus foundation atau span. Ada 20 rona warna untuk dipilih, malah ada juga yang guna foundation ini sebagai countouring.

Foto – Pixiwoo
  • Unlocked Instant Extensions Mascara [RM150]

Salah satu maskara high-end yang tak akan mengecewakan anda dan bulu mata anda. Ia bukan sekadar beri hasil bulu mata yang panjang, bahkan tebal tanpa kesan comot. Walaupun mahal tapi ramai memilih maskara sebagai daily wear kerana ia mudah dicuci dan tiada masalah berketul.

Foto – Keiilash.com

Puas hati tak dengan cadangan DIVA? Selamat mencuba…

FILED UNDER hourglass malaysiahourglass sephoraproduk terbaik hourglass
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.