Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Apa Khabar Paris Hilton? Sedikit Perkembangan Baru Tentang Ikon Fesyen Y2K

by Indah Aziz
February 11, 2023
Foto - The Independent

Foto - The Independent

20
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

“So hot!”

Ratu segala permulaan rancangan realiti tv dan idol untuk gaya fesyen Y2K, Paris Hilton. Sebelum Kim K menaiki takhta Paris, rancangan realiti Simple Life merupakan antara yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat. Pewaris rangkaian Hilton ini juga aktif dalam bidang lakonan, fesyen dan kecantikan. Senang kata tahun 2000 merupakan zaman kegemilangan Paris Hilton.

Menginjak usia 41 tahun, Paris telah berkahwin dengan usahawan Amerika Syarikat, Carter Reum pada dua tahun lalu. Serta mereka telah dikurniakan seorang bayi lelaki hasil dari ibu tumpangan. Tak sangka akhirnya Paris menamatkan zaman bujang dan kini bertukar status sebagai seorang ibu. Kalau dahulu Paris begitu menyayangi anjing peliharan Chihuahua miliknya, dah seperti anak!

Foto – Tatler

Jika sebelum ini ramai yang merungut Paris hidup senang-lenang dengan mewarisi kekayaan keluarga. Namun, pelantun ‘Stars are Blind’ ini juga bekerja keras dengan mengejarkan perniagaan sendiri. Tahu tak, Paris Hilton mempunyai $300 juta nilai bersih hasil kerja sebagai aktress, penyanyi, model dan bisnes. Jadi tak kira pewaris hotel atau kedai runcit sekalipun, keberuntungan diri hasil dari daya usaha sendiri juga.

IKLAN

Sekitar tahun 2020 sehingga 2022 kembali aktif dalam erti untuk mengungguli semula rancangan realiti. Bermula dengan dokumentari khas bersama Youtube Originals, This Is Paris (2020), kemudian program Cooking with Paris (2021) dan Paris in Love (2021-2022). Sejujurnya ketiga-tiga program ini tidak mendapat sambutan oleh peminat.

Malah, Paris kembali dengan buku ketiga beliau yang bakal dilancarkan pada Mac 2023 ini. Dua buku sebelum ini ialah Confessions of an Heiress (2006) dan Your Heiress Diary: Confess it All to Me (2006). Buku akan datang ialah berbentuk memoir bertajuk Paris: The Memoir. Senang kata, ramai yang menyukai buku tulisan Paris Hilton. Menarik, DIVA pun rasa nak baca!

Foto – Daily Mail

Kisah silam yang penuh kontroversi tidak menggelamkan nama Paris Hilton, malah beliau semakin bergerak aktif secara senyap-senyap. Dunia glamour sentiasa menjadi pilihan Paris dan belayar dengan baik sekali.

“I love you all, you’re beautiful and never forget that everyone is a princess.” – Paris Hilton

Tags: fesyen paris hiltonparis hilton 2023siapa paris hilton
Share8SendShare

Artikel Berkaitan

Foto - Vogue Mexico
Selebriti

Ingat Lagi Gadis 2 Fast 2 Furios? Ini Update Terbaru Tentang Deon Aoki

March 4, 2023
Foto - allt
Selebriti

Poyd Treechada Cantik Dari Wanita Sebenar, Diakui Lady Boy Paling Menawan Di Thailand

February 25, 2023
Foto - The Edge
Selebriti

Gemar Dating Gadis Muda, Leonardo Dicaprio Kini Galak Bercinta Model Usia 19 Tahun!

February 19, 2023
Foto - Journal de Femmes
Selebriti

Bukan Lagi Gossip Girl! Smoky Eye Ekstrem Bawa Karakter Rock Taylor Momsen

February 4, 2023

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Apa Khabar Paris Hilton? Sedikit Perkembangan Baru Tentang Ikon Fesyen Y2K

  3. 3

    Hidu Vicks Inhaler Batal Puasa? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.