Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Beg Tangan Ilham Dari 7 Nama Ikon Dunia, Ada Yang Dah Jadi Milik Kamu?

by Indah Aziz
February 4, 2023
Foto - Financial Times

Foto - Financial Times

15
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Dunia kreatif tidak lepas dari konsep ilham yang diambil dari pelbagai sudut. Fesyen sebagai contoh banyak mencipta hasil idea pinjaman legasi ikon terkemuka. Antaranya jenama mewah beg tangan yang sentiasa mendominasi.

Refleksi pada rekaan beg tangan membawa legasi dan menghargai nama yang terpalit pada koleksi tersebut. Menariknya, ia tetap menjadi pujaan ramai dan sering dikaitkan dengan must-have collection bagi penggemar fesyen mewah.

Mari lihat tujuh beg tangan yang jadi generasi wanita-wanita hebat dunia.

1. Puteri Diana: Lady Dior

Sebelum diberi nama sebagai Lady Dior, beg tangan ini secara tidak rasmi dipanggil Chouchou. Namun tahun 1996, Dior menamakan semula dengan inspirasi nama Puteri Diana. Ia antara beg tangan kegemaran Puteri Diana dan sangat sesuai dengan mendiang.

Foto – Pinterest

2. Puteri Grace Kelly: Hermes Kelly

Hanya kerana untuk menyembunyikan saiz perut ketika mengandung, secara tidak langsung Puteri Grace Kelly mempopularkan beg tangan koleksi lama Hermes tahun 1852. Kini Hermes Kelly melonjak naik sebagai pilihan paling mewah dalam koleksi Hermes.

Foto – Etoile Luxury Vintage

3. Jackie Kennedy Onassis: Gucci Jackie 1961

Wanita Pertama Amerika Syarikat paling versatil dan sentiasa menjadi perhatian paparazzi! Beg tangan Gucci ini yang kerap beliau jinjit sehingga digelar ‘the Jackie’. Secara rasmi tahun 1971 ia dinamai sebagai Gucci Jackie dan Gucci memperbaharui beg ini dengan koleksi Jackie 1961 pada tahun ini.

IKLAN

Foto – TODAY

4. Nina Simone: Gabriela Hearst Nina Bag

Antara beg impian DIVA! Debut pada tahun 2016, beg tangan unik ini pernah menjadi pilihan Meghan Markle. Nama beg ini diambil dari penyanyi soul dan jazz lagenda Amerika Syarikat, Nina Simone.

Foto – Gabriela Hearst

5. Jane Birkin: Hermes Birkin

Beg tote paling popular, versatil dan evergreen pernah dicipta oleh Hermes! Wanita disebalik beg ini ialah Jane Birkin iaitu penyanyi dan pelakon kelahiran British-Perancis. Sepanjang hidupnya beliau hanya mempunyai lima atau enam tas sahaja dan mendermakannya sebelum mengantikan tas yang baharu.

Foto – Daily Mail

6. Amal Clooney: Ballin Amal

Peguam hak asasi manusia dan isteri kepada aktor George Clooney ini mendapat tuah apabila menjadi ikon kepada jenama fesyen kasut Itali, Ballin. Tote beg kulit ini menggunakan nama Amal sebagai koleksi beg tangan mereka.

Foto – Glamour

7. Selena Gomez: Coach’s Selena Trail

Pada 2018, Selena Gomez bekerjasama dengan Coach dalam menghasilkan sebuah beg tangan yang sangat comel. Coach Selena Trail Bag dijual pada harga yang cukup berpatutan dan ya sejak dari itu beg ini sold out dimana-mana.

Foto – Vogue

DIVA yakin pasti ada pembaca yang mahu memiliki satu beg diatas atau sudah pun punya? Kongsikan dengan kami..

Tags: beg tangan mewah terkenalbeg tangan popularfakta fesyen
Share6SendShare

Artikel Berkaitan

Foto - Hijabista
Fesyen

[Edisi Raya 2023] Sejadah Pilihan Sebagai Buah Tangan Ramadhan & Aidilfitri Untuk Keluarga

March 26, 2023
Foto -  Tristan Fewings/Getty Images for Moschino
Fesyen

Selamat Tinggal Jeremy Scott, 5 Look Moschino Unik & Fun Ini Memorable Bagi DIVA

March 25, 2023
Foto - Milala Attire
Fesyen

[Edisi Raya 2023] Brand Tudung Premium Tempatan, Baru Ada Aura High Class!

March 12, 2023
Foto - About Her
Fesyen

Cute & Feminin Dari Loewe! Semak Item Fesyen Ini Dulu Sebelum Checkout

March 11, 2023

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Beg Tangan Ilham Dari 7 Nama Ikon Dunia, Ada Yang Dah Jadi Milik Kamu?

  3. 3

    Hidu Vicks Inhaler Batal Puasa? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.