Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Bakal Menang Oscar? Ini Yang Perlu Kamu Tahu Tentang Michelle Yeoh

by Indah Aziz
January 29, 2023
Foto - Variety

Foto - Variety

19
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tahun 2023 merupakan tahun kemuncak kejayaan Michelle Yeoh apabila pertaruhan filem Everything Everywhere All at Once telah mengapai fenomena industri Hollywood. Beliau yang sebelum ini telah memenangi Anugerah Aktress Terbaik kategori Muzikal / Komedi bagi Golden Globe Award 2023. Kini namanya turut dinobatkan sebagai pencalonan Aktress Terbaik untuk Anugerah Oscars 2023.

Tatkala seluruh mata dunia memandang Michelle Yeoh, tidak boleh kita lupakan untuk menghargai kesungguhan beliau dalam memaknai karakter wanita yang biasa ketinggalan dalam filem. Tan Sri Michelle Yeoh berasal dari Ipoh, Perak dan sering menjadi pilihan sebagai watak dalam filem-filem seni pertahankan diri dari Hong Kong.

Foto – Evan Agostini/Liaison

Beliau pernah bergandingan bersama Jackie Chan, Chow Yun-Fat, Pierce Brosnan dan ramai lagi. Biarpun Yeoh kerap bekerja dalam filem-filem hebat tapi beliau sering menjadi pilihan kedua atau watak sampingan. Bukan untuk memperkecilkan tapi Yeoh pada pendapat DIVA kerap dipertikaikan kemampuan lakonannya selain watak-watak aksi.

Karakter dengan mainan emosi seperti Mameha (Memoirs Of A Geisha) dan Eleanor (Crazy Rich Asians) dikembalikan semula pada Evelyn (EEAO). Lihat, hasilnya Yeoh berjaya buktikan pada Hollywood beliau seorang wanita Asia yang berkebolehan.

Foto – Financial Times

Dari sudut peribadi, Michelle Yeoh menjalinkan tali pertunangan bersama Jean Todt sejak tahun 2005. Jean Todt merupakan bekas pengarah eksekutif pengurusan lumba kereta dan sering terlibat dalam pelbagai kerja kebajikan termasuk dibawah United Nation.

IKLAN

Yeoh pernah berkahwin dengan ahli perniagaan terkemuka Hong Kong, Sir Dickson Poon pada 1988 dan berakhir pada tahun 1991. Beliau tidak dikurniakan cahaya mata dari dua hubungan ini.

Foto – Daily Mail

Mungkin ramai yang tidak tahu, Michelle Yeoh adalah bekas Miss Malaysia 1983 ketika berusia 21 tahun! Sejak dahulu lagi Yeoh suka untuk bertanding dan mencabar diri dalam apa jua bidang yang diceburi. Kini perjuangannya berbaloi dan lebih dari 40 tahun dalam industri, semuanya terjawab.

Bagi anda yang belum menonton filem Everything Everywhere All at Once, inilah masanya! Ia  sebuah karya kompleks dengan lapisan penceritaan pada mulanya. Namun selepas anda mendapat rentak, keseluruhan emosi anda akan terganggu. Watak Evelyn akan membuat anda goyah sebagai seorang wanita, ibu, isteri dan anak yang punya impian.

Foto – Everett Collection

Tahniah buat Tan Sri Michelle Yeoh dari DIVA! Anda idola yang membawa erti pelaksanaan cita-cita itu tidak mudah, namun ia tidak sesekali sia-sia.

Tags: biodata michelle yeohmichelle yeoh malaysiamichelle yeoh oscar
Share8SendShare

Artikel Berkaitan

Foto - Vogue Mexico
Selebriti

Ingat Lagi Gadis 2 Fast 2 Furios? Ini Update Terbaru Tentang Deon Aoki

March 4, 2023
Foto - allt
Selebriti

Poyd Treechada Cantik Dari Wanita Sebenar, Diakui Lady Boy Paling Menawan Di Thailand

February 25, 2023
Foto - The Edge
Selebriti

Gemar Dating Gadis Muda, Leonardo Dicaprio Kini Galak Bercinta Model Usia 19 Tahun!

February 19, 2023
Foto - The Independent
Selebriti

Apa Khabar Paris Hilton? Sedikit Perkembangan Baru Tentang Ikon Fesyen Y2K

February 11, 2023

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Bakal Menang Oscar? Ini Yang Perlu Kamu Tahu Tentang Michelle Yeoh

  3. 3

    Hidu Vicks Inhaler Batal Puasa? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.