Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Cetusan Idea Fesyen Balaclava, Gaya Hijab Untuk Musim Sejuk?

by Indah Aziz
January 29, 2023
Foto - The New York Times

Foto - The New York Times

17
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Baru-baru ini DIVA sempat melihat Instagram milik pelakon terkemuka tanah air, Fazura yang berkongsi tips solekan yang ringkas semasa mengembara. Namun apa yang menarik perhatian, Fazura mengenakan balaclava iaitu topeng kepala atau ski helmet sebagai menggantikan hijab. Sebenarnya dalam muzik video Aina Abdul, Maybe juga menyarung balaclava.

Balaclava telah mencetuskan satu idea terbaharu untuk para fashionista terutama wanita Muslim. Ia sangat ideal kerana potongan balaclava menutup keseluruhan kepala, leher dan terbuka pada muka. Senang kata sama seperti tudung sarung yang biasa kita guna. Berbezanya balaclava menggunakan fabrik tebal atau benang kapas yang dikaitkemas. Kalau di negara-negara Eropah ia biasa dipakai ketika musim sejuk/salji sebagai memanaskan badan.

Foto – Instagram @missfazura / @ainaabdul

Hujung tahun lepas, balaclava mula menjadi trend pantas dikalangan hijabista. Pelbagai gaya kreativiti yang dipertaruhkan. Cumanya ia lebih sesuai untuk mereka yang tinggal di negara-negara empat musim tidak seperti di Malaysia.

IKLAN

Ini beberapa gaya hijab balaclava yang buat DIVA jatuh cinta…

  • Gabungan warna kontras balaclava dengan outfit, sama seperti hijab kan? 
Foto – Pinterest
  • Kombinasi dengan topi buat kamu lebih terlihat chic dari biasa. 
Foto – Pinterest
  • Bersahaja untuk tampil smart casual, jika balaclava agak longgar boleh pakai anak tudung didalam. 
Foto – Pinterest
  • Full winter outfit begini bersama puffy jacket tersangatlah bergaya, terasa hangat satu tubuh! 
Foto – Pinterest

Bagaimanapun pemakaian balaclava ada mencetuskan kontroversi di negara barat. Ada yang beranggapan pemakaian balaclava mengundang berat sebelah. Dimana balaclava dibenarkan tetapi hijab tidak. Masalah tentang pemahaman hijab masih sukar ditembusi oleh negara barat, kerana mereka masih mempunyai minda tertutup tentang agama.

Apa pun syabas kepada hijabi yang mencipta idea berhijab dengan balaclava. Sekurangnya mereka tidak takut lagi dengan pemakaian hijab.

Bagaimana? Nanti kalau bercuti ke Korea atau Switzerland mahu cuba gaya begini tak?

Tags: fesyen balaclavahijab balaclavatudung balaclava
Share7SendShare

Artikel Berkaitan

Foto - Hijabista
Fesyen

[Edisi Raya 2023] Sejadah Pilihan Sebagai Buah Tangan Ramadhan & Aidilfitri Untuk Keluarga

March 26, 2023
Foto -  Tristan Fewings/Getty Images for Moschino
Fesyen

Selamat Tinggal Jeremy Scott, 5 Look Moschino Unik & Fun Ini Memorable Bagi DIVA

March 25, 2023
Foto - Milala Attire
Fesyen

[Edisi Raya 2023] Brand Tudung Premium Tempatan, Baru Ada Aura High Class!

March 12, 2023
Foto - About Her
Fesyen

Cute & Feminin Dari Loewe! Semak Item Fesyen Ini Dulu Sebelum Checkout

March 11, 2023

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Cetusan Idea Fesyen Balaclava, Gaya Hijab Untuk Musim Sejuk?

  3. 3

    Hidu Vicks Inhaler Batal Puasa? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.