Teknik menanggalkan mekap dan kotoran pada wajah kita sudah sedia maklum. Ada yang wipes guna micellar water, kalau rajin pasti guna teknik double-cleansing atau sekadar dengan pencuci muka dan air suam. Namun ramai yang lebih menyukai double-cleansing kerana ia ternyata lebih bersih dan memberi kebaikan terbaik pada kulit.
Ceritanya tentang Selena Gomez kali ini, pengasas Rare Beauty muncul di TikTok dengan satu video berkongsi untuk menanggalkan mekap. Apa yang menarik Selena menggunakan serum untuk menanggalkan mekap. Pun begitu, peminat terkejut serum yang diguna oleh Selena ialah La Mer yang berharga RM1075 untuk 15ml!
@selenagomez PSA I got most of these products free. I ain’t just rolling like that everywhere. Use any serum to take off make up before washing. It breaks it up nicely. Also use a sponge to wipe eyes to treat eyes delicately when removing make up. K I’m done pretending I know what I’m taking about.
IKLAN
Dari video tersebut, serum La Mer The Concentrate Serum disapu pada kedua belah pipi untuk mengeluarkan kesan foundation. Kemudian dileret pada bahagian mata dan menggosok perlahan untuk menanggalkan bekas pembayang mata.
Selain itu, Selena juga menggunakan Bioderma Sensibio H2O Make-up Removing Micelle Solution untuk kesan mekap yang degil atau jenis waterproof. Apa yang DIVA tertarik, penyanyi ini tidak hanya menggunakan tuala tetapi mekap span seperti beauty blender.
- La Mer The Concentrate Serum 15ml [RM1075]
Sekarang pasti ada yang mahu ikut cara Selena Gomez bukan?
Anda kena waspada kerana setiap formula serum berbeza dari segi tekstur dan bahan. Serum mengandungi formula yang lebih pekat, dan jika digunakan sebagai face-rubbing mungkin dapat memberi kesan kulit sensitif. Cara yang terbaik ialah tanggal sahaja mekap guna produk yang lebih ringan sebagai contoh micellar water.
Lagipun, serum bukan murah ya guys! Selena juga ada maklum produk-produk yang digunakan dalam video tersebut diterima sebagai bentuk hadiah. Jadi tak mengapalah…