Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Trend Buang ‘Buccal Fat’ Untuk Pipi Kurus, Elok Atau Bahaya?

by Iza B
January 21, 2023
Foto - New York Post

Foto - New York Post

19
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kecoh sekejap bila Lea Michele menayang wajah ‘baru’ minggu lalu. Ramai yang membuat andaian Lea mungkin mengikuti trend semasa kecantikan iaitu pembuangan buccal fat. Ia sekaligus memberi efek muka lebih tampak tirus dan penonjolan tulang pipi yang tinggi.

Sebenarnya di TikTok memang ramai yang sudah berkongsi proses dan hasil pembuangan buccal fat. Jadi ia bukan sesuatu yang baru sangat, ia sama seperti lip filler atau penambahan implan. Cumanya ia tetap satu perkara yang boleh mendatangkan kesan yang tidak elok bukan? Iyalah..nama pun pembedahan plastik.

Foto – Bella Vou

Nama lain buccal fat ialah lemak pada pipi yakni memang secara semulajadi ada pada setiap orang. Jadi pembuangan buccal fat salah satu kaedah untuk mendapatkan wajah yang kurus, tirus dan panjang. Bahkan bentuk rahang ‘jawline’ akan lebih ketara bak wajah supermodel.

IKLAN

Namun ada perkara yang kita perlu sedar, pembuangan ‘lemak semulajadi’ ini boleh beri risiko baru pada perubahan wajah. Pertamanya, semasa prosedur boleh berlaku kecederaan pada kalenjar ludah atau saraf muka secara tidak sengaja. Ia mungkin jarang terjadi tapi boleh ambil sebagai satu amaran untuk tidak teruja untuk melakukannya.

Kedua, kesan berpanjangan iaitu penyingkiran lemak pada wajah boleh membuat penampilan lebih nampak tua dari usia. Perasan tak, mereka yang memiliki pipi yang tembam dan sihat kelihatan seperti keanak-anakan berbanding pipi kurus. Perlu ingat juga, secara semulajadi kita akan kehilangan lemak pipi seiring penambahan usia.

Foto – CNN

Keterujaan untuk terlihat cantik dalam selfie dan gambar sekali lagi membuatkan ramai yang mengambil risiko sebegini. Pendapat DIVA, sentiasalah ingat tentang kesan yang berpanjangan. Cukuplah dengan mengikuti trend kecantikan yang mengubah diri dan sekaligus membuatkan kita seperti abdi beauty standard!

Foto – arkib DIVA

Kamu rasa cantik ke bila pipi kurus dan cengkung begini?

Tags: apa itu buccal fattrend buccal fat
Share8SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Trend K-Beauty Guna Spatula Khas Hasilkan Foundation Flawless
Kecantikan

Trend K-Beauty Guna Spatula Khas Hasilkan Foundation Flawless

January 29, 2023
Selena Gomez Buat Kecoh Tanggal Mekap Guna Serum Harga RM1075
Kecantikan

Selena Gomez Buat Kecoh Tanggal Mekap Guna Serum Harga RM1075

January 28, 2023
5 Liquid Blush Paling Best & Cantik Untuk Hasil Mekap ‘Shy-Shy’
Kecantikan

5 Liquid Blush Paling Best & Cantik Untuk Hasil Mekap ‘Shy-Shy’

January 22, 2023
Bulu Mata Lentik & Tebal Dengan Maskara Bawah RM30 Sahaja!
Kecantikan

Bulu Mata Lentik & Tebal Dengan Maskara Bawah RM30 Sahaja!

January 15, 2023
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  2. 2

    Seriuslah Berkesan?! Wanita Makan HKT Tak Sampai 3 Bulan Dah Turun Berat 15 KG

  3. 3

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  4. 4

    5 Sebab Bukit Tunku Jadi Tempat Paling Ngeri Di KL

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.