Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Jom #Throwback Saat Selebriti Seksi & Menggiurkan Dalam Busana Jean Paul Gaultier

by Indah Aziz
January 21, 2023
Foto - WWD

Foto - WWD

16
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Jean Paul Gaultier satu jenama fesyen yang cukup sensasi dan kaya dengan pelbagai silhoutte dan corak fabrik yang mengagumkan. Beliau sering menterjemahkan pelbagai elemen fesyen dalam cara yang cukup unik dan melahirkan kontroversi daya saing kreativiti yang positif.

Bahkan jenama ini juga selalu menjadi rujukan sebagai ikon pop untuk tampil unik diatas pentas. Nama-nama gah eperti Madonna, Kylie Minogue, Rosalia, Kim Kardashian dan ramai lagi. Karya Jean Paul Gaultier turut memuja Haute Couture yang menampilkan cantuman unsur bermacam genre, budaya dan material.

Foto – NBC News

Siapa yang dapat mengayakan busana-busana dari Jean Paul Gaultier bagi DIVA sangat berani, yakin dan meraikan satu idea seni yang berpengaruh. Mari kita imbas kembali momen selebriti dan Jean Paul Gaultier bersatu dan jadi buah mulut kaki fesyen!

Cardi B

Dress fabrik jersey ini melekap baik pada tubuh Cardi B yang seksi ini. Beliau dua kali mengenakan gaya yang sama iaitu ketika menghadiri tayangan perdana Hustler dan acara muzik Hot Summer Jam. Helaian ini merupakan re-vintage potongan dari arkib Jean Paul Gaultier.

Foto – POPSUGAR. Vogue

Bella Hadid

Supermodel ini bertukar menjadi puteri pada satu malam pabila dikenakan gaun vintaj Jean Paul Gaultier ini. Kedua-duanya membawa mimik Hollywood Glamour yang cukup padan degnan jiwa Bella Hadid. DIVA cemburu!

IKLAN

Foto – Allure / POPSUGAR

Kylie Jenner

Tubuh genit beauty mogul ini cukup serasi dengan dua busana seksi hasil air tangan Jean Paul Gaultier. Ia menampilkan sentuhan yang diberikan jolokan nama ‘cone bra’. Menurut Grazia, dress berwarna hijau merupakan dari arkib JPG dari tahun 1987!

Foto – Daily Mail / Grazia

Kim Kardashian

Sudah tentu Kim K tidak akan terlepas dari padangan DIVA. Kim K berani membawa fabrik corak berjalur yang kemas mempamerkan lenggok pada tiap tubuh badanya melalui helaian Jean Paul Gaultier. Serius cool!

Foto – E! Online

Lizzo

Bukan sahaja mengangkat seni dalam rekaan pakaian, Jean Paul Gaultier menepikan saiz dan bentuk tubuh peminat fesyen. Lizzo boleh terlihat anggun dan seksi dalam dua busana ini. Antara imbasan fesyen yang tidak dapat dilupakan pada tahun lalu!

Foto – RFCA

Selebriti mana yang paling sepadan menurut kamu?

Tags: jean paul gaultierjean paul gaultier malaysia
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Jom #Throwback Saat Selebriti Seksi & Menggiurkan Dalam Busana Jean Paul Gaultier

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.