Rasa nak me-time? Healing? Atau pun lari daripada kehidupan harian ke tempat yang tenang dan tiada orang kenal kamu? Sekiranya jawapan kamu adalah “YA!”, DIVA cadangkan kamu untuk terus kemas beg dan jom bergerak ke Club Med Cherating segera!
Minggu lepas DIVA telah menyertai Media Reunion dan menginap di Club Med Cherating selama 3 hari 2 malam (11-13 Januari 2023). Jarak perjalanan ke resort pula hanya memakan masa sekitar 3 jam pemanduan dari Kuala Lumpur.
Dan sepanjang penginapan di Club Med Cherating; DIVA menghabiskan masa dengan sebaik-baiknya dengan menyertai aktiviti serta berehat di sana. Apa yang boleh DIVA katakan memang best dan berbaloi!
Kalau kamu pun rasa nak healing atau me-time di resort ini, DIVA nak kongsikan beberapa perkara dan aktiviti best yang patut kamu cuba…
Bar & Restoran Untuk Si Foodie
Foiodies pasti gembira apabila berada di resort ini kerana kamu mempunyai akses ke bar dan restoran sepanjang hari. Daripada sarapan pagi, tengah hari, snek hingga ke makan malam; nikmatinya dengan puas di tiga restoran Club Med Cherating.
The Mutiara
- Restoran yang berlatar belakangkan hutan menghijau sambil menghadap ke arah kolam.
- Ada banyak pilihan hidangan tradisional Asia dan antarabangsa seperti Melayu, Cina, Jepun, India, Korea, Itali dan Perancis.
- Menyediakan hidangan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.
- Foto – Arkib DIVA
The Rembulan
- Restoran yang berlatar belakangkan pemandangan laut dan pantai di bahagian resort lain iaitu Pantai.
- Menyediakan makanan A la Carte dari makan lewat tengah hari hingga makan malam sahaja.
- Makan lewat tengah hari hanya dihidangkan sebanyak 6 hari seminggu dan untuk makan malam perlu buat tempahan.
- Foto – Arkib DIVA
The Enak
- Restoran yang mempunyai suasana yang lebih kasual dan tenang sambil melihat Chef masak di stesen secara live.
- Hanya tersedia untuk lewat sarapan pagi, makan lewat tengahari dan makan lewat malam setiap hari.
- Foto – Arkib DIVA
Manakala di bar pula, ada tiga bar iaitu Orkid (bar utama), The Bayou (bar pantai) dan Bar Zen (bar kolam renang). Kamu boleh dapatkan pelbagai jenis minuman seperti jus, teh, kopi, wain, bir, cocktail, mocktail dan sebagainya. Kalau di sini, DIVA paling suka mocktail Cherada dan Turtle Rock.
Rehatkan Diri Di Kolam Renang & Spa
Tak lengkap percutian kalau tak berendam dalam kolam renang dan pergi ke spa. Berbanding rehat sepanjang hari di bilik, apa kata kamu pergi jelajah ke kolam renang. Di resort ini ada dua kolam renang iaitu kolam renang utama dan juga Zen Pool.
IKLAN
- Foto – Arkib DIVA
Kolam renang utama terbuka untuk semua peringkat umur. Tapi di Zen Pool, hanya boleh dimasuki oleh orang dewasa (18 tahun ke atas) sahaja. Dan paling best di Zen Pool, kamu boleh berenang atau berjemur di kolam air masin sambil menghadap ke Laut China Selatan.
- Foto – Arkib DIVA
Bagi spa (Club Med Spa by Mandara); pula, ianya tidak termasuk dalam pakej penginapan. Jika berminat untuk mendapat urutan yang menggabungkan tradisi Bali dan teknik Eropah, kamu perlu membayar berdasarkan pakej yang ditawarkan.
- Foto – Arkib DIVA
- Foto – Arkib DIVA
Cari Ketenangan Diri Dengan Seni Batik
Kalau kamu sejenis yang suka relax, tenang dan follow the flow, DIVA cadangkan kamu pergi ke studio Art&Craft untuk mewarna batik. Di studio ini akan ada satu kakitangan yang membantu kamu sepanjang proses mewarna.
- Foto – Arkib DIVA
Pilih sama ada lukisan haiwan, kopitiam, alam semula jadi dan sebagainya. Setiap satu harganya berbeza tau!
- Foto – Arkib DIVA
Cabar Diri Dengan Aktiviti Luar
Nak healing atau me-time, tak semestinya kena berehat tanpa berbuat apa-apa sahaja tau. Kamu juga boleh habiskan masa healing dan me-time dengan sertai aktiviti luar dan dalam. Tapi nak lebih feel, mestilah aktiviti luar yang lasak! Dan antara aktiviti luar yang boleh kamu cuba adalah:
- Foto – Arkib DIVA
- Meredah hutan
- Aktiviti air- Kayak, berlayar, stand up paddle, surfing
- Aktiviti darat- Rock climbing, tenis, trapeze & circus, yoga, memanah
- Sukan- Badminton, bocce ball, skuasy, pingpong
- Foto – Arkib DIVA
DIVA berpeluang untuk mencuba rock climbing, meredah hutan, pingpong dan juga memanah saja. Memang best!
Hiburan Yang Cukup Untuk Kaki Teater & Parti
Tengah healing tapi tak boleh tinggalkan hiburan? Jangan risau kerana Club Med Cherating ada teater dan parti lewat malam setiap hari! Kamu akan ‘disajikan’ dengan pelbagai jenis teater, daripada klasik hingga ke moden. Manakala ketika partinya pula, kamu akan diajar beberapa langkah menari baru dan boleh dikatakan setiap tetamu akan diajar tarian Crazy Sign.
- Foto – Arkib DIVA
- Foto – Arkib DIVA
Psst… Setiap malam akan ada tema yang berbeza ye. Seperti DIVA pada minggu lepas, ada tema Cappucino dan Asia. Ketika malam tema Asia, DIVA dapat melihat tarian singa dan juga sertai beberapa permainan tradisional Malaysia.
- Foto – Arkib DIVA
Kalau ikutkan 3 hari 2 malam memang tak cukup untuk kamu teroka seluruh resort ini. Jadi kalau nak pergi, pastikan kamu rancang cuti dan enjoy sepanjang percutian!
Nak tempah? Tekan [SINI].