Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Cukup Bertuah! Ini Antara Selebriti Yang Diangkat Sebagai Duta Jam Tangan Mewah

by Indah Aziz
January 15, 2023
Foto - Hashtag Legend

Foto - Hashtag Legend

27
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Pengaruh selebriti sudah lama digunakan dalam dunia pemasaran, ia antara teknik pengenalan produk yang boleh dikatakan berkesan dan memberi impak yang positif. Malah dari aspek pengaruh, populariti dan personaliti selebriti itu juga menghasilkan tuah rezeki buat mereka. Sudah tentu dijemput menjadi duta-duta produk atau jenama berkelas tinggi.

Jenama jam tangan sebagai contoh, selalu menggunakan nama dan wajah selebriti terkemuka dunia. Ia secara tidak langsung mengambarkan sofistikated dalam seni pembuatan jam tangan tersebut. Ini kerana selebriti (aktor atau penyanyi) juga individu yang membawa seni.

Kagum dengan kejayaan dan graviti yang tersendiri, ini antara selebriti yang menempa nama bersama jenama jam tangan mewah dunia.

#1 Jennifer Lawrence – Longines

Penghujung tahun 2022, Longines dengan bangga menyiarkan gambar kempen terbaru dengan kelibat Jennifer Lawrence sebagai duta terbaru mereka. Jennifer dipilih sebagai Ambasaddor of Elegance yakni diambil dari keanggunan, kematangan dan karisma aktress hebat ini.

Foto – The Hollywood Reporter

#2 Tudor – Lady Gaga

Lady Gaga memecahkan tradisi Tudor apabila menjadi duta wanita pertama jam tangan ini pada tahun 2017. Selama empat tahu diikat kontrak bersama Tudor, Lady Gaga setia dengan jam Tudor Black Bey 36 Ref. Jangan tak tahu, Tudor merupakan anak syarikat jam tangan mewah dunia, Rolex.

Foto – Iconicmen

#3 Bvlgari – Zendaya

Tuah aktress muda ini apabila dipanggil pihak Bvlgari bukan sahaja sebagai duta barang kemas tapi jam tangan. Zendaya bersama Anne Hathaway, Priyanka Chopra dan Shu Qi menghangatkan kempen Bvlgari sejak pertengahan tahun lalu.

Foto – Vogue Arabia

#4 Chaumet – Song Hye Kyo

Asbab keanggunan, misteri dan feminin yang dipamerkan oleh Hye-Kyo. Musim bunga tahun lalu, pihak Chaumet memilih aktress Korea Selatan sebagai wajah untuk koleksi perhiasan Chaumet’s Josephine Collection. Jam tangan rekaan Josephine Aigrette membawa sifat elegan dan sensual bersesuaian dengan wanita moden masa kini. Ditambah pula barang kemas terletak molek dengan kecantikan Hye-Kyo.

BACA:  Selain Rolex, Jenama Jam Tangan Mewah Ini Juga Pilihan Sosialit
Foto – ELLE Singapore

#5 Omega – Zoe Kravitz

Tuah menyebelahi Zoe Kravitz apabila diterima dalam keluarga besar Omega. Koleksi Constellation 28 mm merupakan rekaan yang tepat dengan personaliti Zoe. Ia membawa unsur unik, ceria dan semangat dari empat pilihan warna latar belakang jam. Bagi anak muda, ini merupakan koleksi yang paling menarik dan minimalis.

Foto – V Magazine

Agaknya jam mana yang anda akan dapatkan demi selebriti diatas? Kalau DIVA, sudah tentu untuk Hye-Kyo!

FILED UNDER duta jam tanganjam tangan mewahjam tangan selebriti
Share11SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.