Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Peminat Buku Sekalian! Kenali Penulis Wanita Tempatan & Karya Terbaik Mereka

by Iza B
January 14, 2023
Foto - arkib DIVA

Foto - arkib DIVA

12
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Jika anda sudah lama ketinggalan dalam dunia penulisan dan ingin kembali menghayati hasil karya penulis tempatan. DIVA sukacita ingin berkongsi beberapa nama besar dan ada juga yang semakin meningkat baik dalam industri penerbitan buku. Mungkin ramai yang lupa, kita mempunyai dunia kreativiti penulisan yang bukan sahaja setanding malah lebih baik dari penulisan luar.

Jadi kali ini DIVA memilih penulis-penulis wanita Malaysia dengan karya pilihan terbaik mereka. Dari penulis berbahasa Inggeris hingga Melayu, ada pelbagai genre mengikut citarasa anda.

#1 Sri Rahayu Mohd Yusop

Instagram: @sri_rahayu_mohd_yusop
Buku pilihan: Puteri Naga Tiberius (siri)

Foto – Twitter / PTS

Penulis Sri Rahayu telah menghasilkan lebih dari 15 buah novel fiksyen iaitu dari pelbagai tema seperti fantasi, sejarah, politik dan banyak lagi. Novel siri Puteri Naga Tiberius berjaya melonjakkan semula novel melayu fantasi. Kini Sri Rahayu muncul dengan novel terbaharu 2099 Ilusi Utopia melalui penerbitan Mahakarya. Tahniah!

#2 Hanna Alkaf

Instagram: @hanna.alkaf
Buku pilihan: The Weight Of Our Sky

Foto – Options, The Edge

Buat peminat buku fiksyen YA (young-adult) penulis tempatan kita, Hanna Alkaf berjaya mendominasi pasaran luar negara. Hanna menggunakan tema budaya, politik dan masyarakat Malaysia dalam karyanya. Novel The Weight Of Our Sky sebagai contoh mengambil krisis 13 Mei 1969 sebagai plot penceritaan. Buku ini juga telah memenangi anugerah Freeman Books Award 2019.

#3 Lauren Ho 

Instagram: @hellolaurenho
Buku pilihan: Last Tang Standing

IKLAN

Foto – Buro Malaysia

Jika anda suka novel bergenre romantik komedi, penulis Lauren Ho menyajikan Last Tang Standing yang cukup menghiburkan. Elemen kekeluargaan, persahabatan dan budaya masyarakat Cina sering ditonjolkan dalam novel cintanya. Buat anda yang ingin mulakan genre romantik versi Asia, boleh cuba Last Tang Standing!

#4 Hafizah Iszahanid 

Instagram: @fizahanid
Buku pilihan: Lelaki Januari

Foto – Goodreads / Biblio Press

Penulisan Hafizah Iszahanid dari hemat DIVA cukup berkarisma dan matang. Kalau dilihat karyanya sentiasa menyelit isu semasa seperti politik, isu kemanusiaan dan latar belakang berkisar hal wanita. Setiap baris ayat yang dipilih membuai rasa, kalau anda baru ingin mengenali penulis..boleh mulakan dengan Lelaki Januari.

#5 Tey Marzuki

Instagram: @teymarzuki
Buku pilihan: Hikayat Suwarga – Sukma Cenderawasih

Foto – Goodreads

Buku terbaru dari penulis Tey Marzuki yang sedang hangat diperkatakan di laman media sosial! Hikayat Suwarga – Sukma Cenderawasih mengembalikan nostalgia fantasi Alam Melayu. Buku Tey Marzuki yang lain seperti Purnama dan Sindrom juga bermain tema dunia Melayu lama.

Selamat membaca!

Tags: karya penulis wanitanovel penulis wanitapenulis wanita malaysia
Share5SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Sakit Senggugut Tak Lama Bila Kamu Ikut Teknik Senaman Yoga Ini…
Gaya Hidup

Sakit Senggugut Tak Lama Bila Kamu Ikut Teknik Senaman Yoga Ini…

January 28, 2023
Tips Jana 4 Kimia Kegembiraan Dalam Diri! Barulah Tak Selalu Stress
Gaya Hidup

Tips Jana 4 Kimia Kegembiraan Dalam Diri! Barulah Tak Selalu Stress

January 21, 2023
Tangan Sakit Sebab Selalu Pegang Phone, Cuba Senaman Regangan Mudah Ini
Gaya Hidup

Tangan Sakit Sebab Selalu Pegang Phone, Cuba Senaman Regangan Mudah Ini

January 7, 2023
Cara Kekal Jaga Privasi Di Media Sosial, Ini Yang Boleh Kita Belajar Dari Son Ye-Jin
Gaya Hidup

Cara Kekal Jaga Privasi Di Media Sosial, Ini Yang Boleh Kita Belajar Dari Son Ye-Jin

December 25, 2022
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  2. 2

    Seriuslah Berkesan?! Wanita Makan HKT Tak Sampai 3 Bulan Dah Turun Berat 15 KG

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    5 Sebab Bukit Tunku Jadi Tempat Paling Ngeri Di KL

  5. 5

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.