Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Unleashia Cushion Foundation: Serius Unik, Bersih & Dijamin Bebas Comot

by Indah Aziz
January 8, 2023
Foto - Amazon

Foto - Amazon

12
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Dunia kecantikan Korea Selatan bukan lagi perkara asing bagi peminat pentas solekan dan penjagaan kulit. Pasti ramai setuju bila DIVA katakan jenama-jenama dari negara kimchi itu telah mencipta satu momen revolusi dalam produk kecantikan.

Kali ini DIVA begitu teruja untuk perkenalkan satu produk yang mula tular di media sosial. Jenama Unleashia mengeluarkan cushion foundation yang mengekalkan kebersihan produk. Kalau sekali tengok bekas kompak cushion ini memang memikat, warna hijau yang sleek dipadankan pula dengan tulisan jenama berwarna hitam.

Foto – Unleashia

Unleashia merupakan jenama kecantikan Korea Selatan yang mengutamakan kecantikan mampan dengan hanya menggunakan bahan pembungkusan mesra alam. Bahkan, mereka berusaha mewujudkan keharmonian diantara manusia, haiwan dan tumbuhan. Senang kata, jenama ini berteraskan konsep ‘kami sayang planet’.

Kembali semula dengan cushion foundation Unleashia, ia merupakan satu inovasi dalam rekaan bekas cuhsion. Jika cushion sebelum ini menggunakan span, tapi Unleashia menggunakan catridge penyimpanan. Ia direka begini supaya foundation tidak terdedah dan anda boleh mengeluarkan sebanyak mana foundation yang diperlukan. Jadi tiada juga pembaziran!

View this post on Instagram

A post shared by JODE (@skinorbits)

Tekstur foundation yang licin, memberi hasil satin finish dan melitupi wajah secara ringan. Amat sesuai bagi penggemar mekap minimalis atau no-makeup makeup. Menariknya lagi, bahan formula foundation mengandungi ekstrak betik dan bakuchiol untuk menggalakan kesuburan kulit yang sihat.

Foto – Sylvester

Anda boleh memilih dari tiga rona tersedia iaity #18C Sea Shell, #21N Eburnean dan #23W Bisque. Unleashia turut menyediakan catridge refill!

  • Unleashia Healthy Green Cuhsion [RM108]
Foto – Shopee Malaysia

Siapa yang memang ingin menyokong clean-beauty, memang DIVA syorkan untuk cuba Unleashia Healthy Green Cuhsion!

FILED UNDER cushion foundationunleshia cushionunleshia malaysia
Share5SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.