Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Lancar Waranti Beg Tangan Sepanjang Hayat, Peminat Bottega Veneta Cukup Bertuah!

by Indah Aziz
January 8, 2023
Foto - TheRealReal

Foto - TheRealReal

11
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Berita baik untuk peminat beg tangan Bottega Veneta! Kini setiap beg (apa jua rekaan) kesayangan anda mempunyai waranti khas untuk pelindungan, pembaikan dan pemulihan kerosakan secara percuma. Program ini dikenali sebagai ‘Certificate of Craft’.

Tawaran Bottega Veneta ini merupakan suatu pembaharuan dalam dunia fesyen, terutamanya aliran fesyen mewah. Bohonglah kalau setiap produk mewah tidak akan dimamah usia. Jadi, konsep begini memberi satu tamparan hebat kepada jenama lain.

Foto – PurseBop

Setiap rekaan begnya cukup dikenali kerana teknik pertukangan yang halus dan langsung tidak ada unsur menjaja logo. Bersama program waranti begini, Bottega Veneta sudah tentu menunjukkan kredibiliti mereka dalam usaha menjaga kualiti produk dan mengekalkan standard yang tinggi.

IKLAN

“Bottega Veneta is extraordinary craft with exquisite design and creativity. The Certificate of Craft is born out of a desire to offer our clients a superior service of long-term preservation of their products,”

Menurut dari CEO Bottega Veneta, Leo Rongone program ini adalah komitmen jenama ini untuk para pelanggan. Ia juga sebagai simbolik kepada penjagaan kepada kraf seni pada setiap rekaan. Selain itu juga, ia dapat mengurangkan pembaziran daripada membeli beg yang baharu dan meningkatkan lagi kasih kepada karya pembuatan beg.

Foto – WWD

Makluman untuk pembaca DIVA, program hayat ini bermula bagi pembelian beg Bottega Veneta pada November 2022. Setiap beg baharu akan disertakan dengan kad fizikal dan digital bersama nombor siri unik.

Selepas ini, kalau beg koyak, calar atau lusuh sekalipun boleh hantar terus pada butik. Terima kasih Bottega Veneta!

Tags: bottega veneta malaysiakoleksi bottega venetawaranti bottega veneta
Share4SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Lancar Waranti Beg Tangan Sepanjang Hayat, Peminat Bottega Veneta Cukup Bertuah!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.