Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Cara Kekal Jaga Privasi Di Media Sosial, Ini Yang Boleh Kita Belajar Dari Son Ye-Jin

by Iza B
December 25, 2022
Foto - VnExpress

Foto - VnExpress

30
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Baru sahaja memuatnaik gambar (kaki) anak lelakinya, Son Ye-Jin aktress terkenal Korea Selatan telah dihujani lebih ribuan komen positif dan berkongsi rasa gembira atas kelahiran cahaya matanya.

Biarpun beliau kekal dengan menjaga privasi kehidupan hariannya tapi Ye-Jin tetap mahu berkongsi berita mengenai perubahan yang dialami bersama peminat. Berita tentang projek terbaru, perkahwinan, kelahiran anak dan ada kala gambar-gambar percutian dan makanan kegemaran tetap ada.

Foto – Instagram / @yejinhand

Tidak salah untuk menggunakan media sosial tapi sentiasalah kita beringat apa jua di media sosial mempunyai batasan untuk berkongsi. Jadi buat anda yang ingin belajar menjaga privasi di alam maya, boleh ikut seperti Son Ye-Jin.

  • Muncul ketika perlu

Ucapan hari perayaan dan tanda terima kasih kepada peminat, krew produksi dan apa jua acara anugerah pasti Ye-Jin tidak lupakan. Bermakna beliau sangat menghargai dan cuba untuk luahkan dengan lebih dekat melalui media sosial. Tak keterlaluan pun, kadang gambar yang dimuatnaik sekadar pemandangan yang indah atau gambar bersama hadiah-hadiah dari peminat.

Foto – Instagram / @yejinhand

Anda pun boleh ikut langkah yang sama, hanya memuatnaik perkara atau aktiviti yang bermanfaat sahaja. Tak perlu dokumentasi segala kehidupan anda dalam media sosial.

  • Tiada gambar keluarga atau rakan rapat

Apa yang buat penulis kagum, Ye-Jin jarang sekali memasukkan gambar ahli keluarga, teman rapat kecuali anjing peliharaan. Ini menjelaskan beliau sangat menjaga privasi orang-orang sekelilingnya. Kadang kita lupa, ada mereka yang mungkin tidak selesa dengan perhatian dari dunia maya. Seperti penulis, akan meminta izin dahulu untuk muatnaik gambar keluarga.

IKLAN

Foto – Instagram / @yejinhand

Terutamanya kanak-kanak, jangan terlalu ghairah berkongsi gambar anak sebagai contoh. Jika anda mengaktifkan akaun kepada umum wajar untuk lebih berhati-hati tentang perkara yang anda kongsi. Mungkin nombor followers anda ramai tapi anda tidak tahu disebalik akaun yang mengikuti.

  • Menulis dengan baik

Son Ye-Jin cukup rajin menulis pada setiap posting Instagramnya. Menjelaskan tentang pengalaman hidup, menulis perkara yang positif dan mendoakan kesejahteraan semua. Ia membuatkan peminat beliau cukup puas dengan perkongsian beliau walaupun tiada gambar selfie atau gambar-gambar yang keterlaluan.

Foto – Instagram / @yejinhand

Pada pandangan penulis, lebih berkongsi kata-kata dari gambar yang tidak berfaedah. Sebagai seorang muslim juga kita harus ingat setiap apa yang kita lakukan ada akibatnya termasuklah posting di media sosial.

  • Tak perlu tag lokasi

Ya, Son Ye-Jin juga tidak terkecuali berkongsi gambar makan angin untuk peminat. Namun, beliau tidaklah update secara langsung atau tag lokasi keberadaannya. Jadi lebih senang untuk kongsi selepas waktu bercuti. Secara tidak langsung anda akan memanfaatkan waktu bercuti lebih baik dari sibuk ingin buat live update semasa waktu bercuti.

Foto – Instagram / @yejinhand

Bagaimana? Kalau anda faham tentang perbatasan media sosial, serius anda akan lebih rasa selamat dan langsung tidak dimanipulasi oleh pihak tidak baik.

Selamat beramal!

Tags: instagram son ye jinprivasi gambar instagramprivasi media sosial
Share12SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Sakit Senggugut Tak Lama Bila Kamu Ikut Teknik Senaman Yoga Ini…
Gaya Hidup

Sakit Senggugut Tak Lama Bila Kamu Ikut Teknik Senaman Yoga Ini…

January 28, 2023
Tips Jana 4 Kimia Kegembiraan Dalam Diri! Barulah Tak Selalu Stress
Gaya Hidup

Tips Jana 4 Kimia Kegembiraan Dalam Diri! Barulah Tak Selalu Stress

January 21, 2023
Peminat Buku Sekalian! Kenali Penulis Wanita Tempatan & Karya Terbaik Mereka
Gaya Hidup

Peminat Buku Sekalian! Kenali Penulis Wanita Tempatan & Karya Terbaik Mereka

January 14, 2023
Tangan Sakit Sebab Selalu Pegang Phone, Cuba Senaman Regangan Mudah Ini
Gaya Hidup

Tangan Sakit Sebab Selalu Pegang Phone, Cuba Senaman Regangan Mudah Ini

January 7, 2023
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Seriuslah Berkesan?! Wanita Makan HKT Tak Sampai 3 Bulan Dah Turun Berat 15 KG

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    5 Sebab Bukit Tunku Jadi Tempat Paling Ngeri Di KL

  5. 5

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.