Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Ini Helah Vanessa Hudgens Nampak Tinggi, Siapa Tinggi Bawah 154cm Boleh Ikut..

by Indah Aziz
December 25, 2022
Foto - Shape

Foto - Shape

32
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Biarpun kian malap dalam dunia lakonan, kelibat Vanessa Hudgens sering muncul dalam acara fesyen mahupun pengacaraan. Wanita yang kini berusia 34 tahun ini kian aktif dalam urusan perniagaan dan gemar berkongsi aktiviti harian di media sosial. Personaliti Vanessa yang ceria, positif dan berkeyakinan jelas terpancar melalui pilihan gaya fesyennya.

Menariknya tentang Vanessa, ramai yang terkejut dia hanya berketinggian 154.9cm sahaja! Iyalah kalau lihat dari gambar-gambar pose Vanessa seolah dia memiliki kaki yang panjang seperti supermodel. Mungkin dari genetik Asia yang dimiliki dari ibunya yang asal dari Filipina.

Sebenarnya DIVA dah boleh agak, Vanessa bijak bermain ilusi dengan potongan baju yang dipakai. Begitu juga dengan padanan aksesori, kasut dan penjagaan diri yang sedikit sebanyak membantu Vanessa kelihatan tinggi. Bukanlah nak kata kalau pendek tak cantik, tapi ia membantu mencipta keyakinan diri dan ya dalam gambar tampil kemas.

Ini antara helah yang kerap Vanessa Hudgens guna…

  • Sarung boots

Biasa mungkin sekadar bertumit tinggi jenis platform bukan? Namun Vanessa acap kali memilih boots hingga paras lutut bila digandingkan bersama dress atas peha, mini skirt atau jeans pendek. Ia membantu mencipta ilusi kaki lebih panjang dan tirus.

IKLAN

Foto – Instagram Vanessa Hudgens
  • Warna monochromatic

Dari atas hingga bawah memakai padanan dengan warna senada. Tak jadi rahsia lagi warna monochromatic begini memang penyelamat bagi mereka yang rendah. Anda boleh menipu mata yang memandang dengan effortless sekali!

Foto – Instagram Vanessa Hudgens
  • Tayang kaki dengan split dress

Antara favourite helah Vanessa bila ke acara karpet merah. Vanessa pasti memilih gaun jenis  terbelah dari peha hingga hujung kaki. Membantu gaya pose yang lebih yakin, bentuk badan terletak dan paling penting ilusi nampak tinggi. Bijak!

Foto – Instagram Vanessa Hudgens
  • Pose gaya Barbie

Trend pose ini banyak membantu bagi anda yang mahu kelihatan tinggi dalam gambar. Jangan lupa, sudut kamera kena dari bawah tau.

Foto – Instagram Vanessa Hudgens

Harap ini membantu anda yang genit!

Tags: fesyen venessa hudgenstinggi vanessa hudgenstips nampak tinggi
Share13SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Ini Helah Vanessa Hudgens Nampak Tinggi, Siapa Tinggi Bawah 154cm Boleh Ikut..

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.