Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Tips Ringkas Henti Jadi ‘People Pleaser’ & Sayangi Diri Kamu Dahulu…

by Iza B
December 18, 2022
Foto - Bustle

Foto - Bustle

17
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Niat untuk menjadi orang yang baik dan suka membantu mungkin boleh memakan diri sendiri. Secara tidak sedar anda mula mengubah personaliti anda kepada people pleaser. Istilah ini untuk individu yang suka bersetuju atau mengikut kehendak orang lain tanpa memikirkan tentang kemahuan sendiri. Sepertinya perkataan ‘tidak’ langsung tidak wujud pada diri mereka.

Mungkin anda fikir dengan bersikap baik begitu, rakan atau kenalan rasa senang dengan diri anda. Sebaliknya mereka mungkin boleh mengambil kesempatan. Apa yang lagi teruk, kesan bertahun-tahun menjadi people please memudaratkan perasaan dan kesihatan mental. Mula timbul anda tidak bererti, tertekan dan kehilangan identiti diri. Penulis pernah merasa kosong setelah berjumpa dengan rakan-rakan kerana semuanya tentang mereka.

Namun kini, penulis sedar ada cara untuk kita kekalkan sempadan untuk menjadi ‘baik’. Hasilnya kepala akan jadi lebih ringan, mula mengenali minat sendiri dan paling penting masa anda adalah hak privasi anda. Nah, ini tips ringkas untuk anda yang ingin belajar berhenti setuju untuk semua perkara.

#1 Fikir keutamaan anda 

Kita mungkin terlalu cepat setuju atau membalas ‘ya’. Apa kata ambil masa untuk anda fikir dahulu, periksa jadual harian atau fikir adakah mengikuti rancangan tersebut memberi manfaat kepada anda. Belajar untuk tahu keutamaan anda terlebih dahulu.

IKLAN

#2 Guna cara komunikasi yang tepat

Selama ini anda sering guna perkataan ‘boleh jer’ atau ‘okay jom’ walaupun dengan rasa berat hati bukan? Penting untuk belajar cara membalas dengan komunikasi yang jelas dan tegas. Anda boleh cuba dengan ‘oh, tidak mengapa esok nak rehat’, ‘mesti seronok, tapi saya dah ada rancangan lain’, ‘terima kasih jemput, saya tidak dapat hadir pula’ dan banyak lagi.

Foto – myTherapyNYC

#3 Fahami kesan ‘ya’ atau ‘tidak’

Anda takut untuk menolak ajakan seseorang atas sebab anda fikir mereka akan sedih, anggap anda sombong atau sebagai. Begitu juga kenapa anda bersetuju semua perkara kerana anda mahu mereka selesa dan gembira. Tahukah anda? Itu tidak bermakna apa-apa sebab kita tidak kawal hati dan perasaan manusia lain. Hanya anda sendiri yang mampu kawal perasaan anda.

#4 Jadi yang terbaik untuk diri anda

Sebelum ini kita gemar mendengar pendapat orang lain tentang diri kita sebab kita jadi yang terbaik untuk orang lain. Mencari pengesahan boleh membebankan diri anda sehingga anda lupa untuk menjadi diri anda yang sebenar. Cara yang paling penting ialah hanya jadi yang terbaik untuk diri sendiri. Sedarilah kuasa yang paling besar bila anda tahu anda sangat berharga.

Foto – Think aloud

Sebelum hendak jadi baik pada orang lain, buatlah kebaikan pada diri sendiri dahulu. Selamat beramal.

Tags: apa itu people pleasermaksud people pleasermasalah people pleaser
Share7SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Sakit Senggugut Tak Lama Bila Kamu Ikut Teknik Senaman Yoga Ini…
Gaya Hidup

Sakit Senggugut Tak Lama Bila Kamu Ikut Teknik Senaman Yoga Ini…

January 28, 2023
Tips Jana 4 Kimia Kegembiraan Dalam Diri! Barulah Tak Selalu Stress
Gaya Hidup

Tips Jana 4 Kimia Kegembiraan Dalam Diri! Barulah Tak Selalu Stress

January 21, 2023
Peminat Buku Sekalian! Kenali Penulis Wanita Tempatan & Karya Terbaik Mereka
Gaya Hidup

Peminat Buku Sekalian! Kenali Penulis Wanita Tempatan & Karya Terbaik Mereka

January 14, 2023
Tangan Sakit Sebab Selalu Pegang Phone, Cuba Senaman Regangan Mudah Ini
Gaya Hidup

Tangan Sakit Sebab Selalu Pegang Phone, Cuba Senaman Regangan Mudah Ini

January 7, 2023
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  2. 2

    Seriuslah Berkesan?! Wanita Makan HKT Tak Sampai 3 Bulan Dah Turun Berat 15 KG

  3. 3

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  4. 4

    5 Sebab Bukit Tunku Jadi Tempat Paling Ngeri Di KL

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.