Tengku Datin Paduka Setia Zatashah adalah puteri sulung Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama almarhumah Raja Zarina binti Raja Tan Sri Zainal. Beliau bergiat aktif dalam bidang kemasyarakatan dan alam sekitar. Sering kali menjadi contoh para aktivitis yang lain.
Personaliti yang ceria, optimis dan berkeyakinan terlihat dalam setiap perkongsian aktiviti beliau di Instagram. Menariknya, fesyen juga antara yang kerap dimuatnaik dan paling mendapat perhatian ialah busana-busana kebaya moden, klasik dan bermacam rekaan yang cukup ikonik. Setiap daripadanya pasti mempunyai kisah tertentu dan Tengku Zatashah tidak lokek untuk bercerita.
Mari DIVA kepilkan beberapa OOTD kebaya Tengku Zatashah yang bikin hati jatuh cinta…
- Kebaya labuh
Indah pesona potongan kebaya labuh yang kedua-duanya ialah dari milik bonda tercinta Tengku Zatashah.
- Sentuhan moden
Kebaya dengan twist lipatan peplum dan berlengan pendek mampu memberi nafas segar. Boleh jadi idea untuk siapa mahu kekal kasual dalam baju tradisional.
IKLAN
- Nyonya kebaya
Tengku Zatashah memang terlihat sangat cantik dengan kebaya nyonya ini. Kagum dengan koleksi kebaya-kebaya miliknya.
- Padanan kain batik
Kalau dah nama kebaya mesti kain batik jadi kembarnya. Kombinasi warna kain batik dan kebaya Tengku Zatashah wajib sedondon atau mainan kontras yang memikat mata memandang.
- Tambah selendang
Tak tahu nak gayakan kebaya? Tiru cara Tengku Zatashah mengenakan selendang sebagai aksesori tambahan. Terus sahaja menambah keayuan dirinya.
Tengku Zatashah juga telah mencipta satu mod inspirasi buat anak muda dan peminat fesyen tradisional. DIVA memang love sangat!