Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Tabiat Bawa Buku Kemana Sahaja, Ini Buku Yang Diana Danielle Baca!

by Indah Aziz
December 17, 2022
Foto - Youtube Diana Danielle

Foto - Youtube Diana Danielle

23
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kita sudah biasa dengan hobi selebriti memasak atau bersolek tapi kita amat jarang melihat selebriti dengan buku-buku. Teruja sungguh DIVA bila dapat tahu rupanya pelakon, pengacara dan penyanyi Diana Danielle gemar membaca. Melalui dari perkongsian gambar-gambar Diana di Instagram pasti ada sahaja buku disampingnya.

Dari sumber temubual Mstar bersama Diana pula jelas ibu kepada dua anak ini meminati buku-buku bergenre kisah benar dan sekurang-kurangnya bawa sebuah buku kemana sahaja! Menariknya lagi, Diana mengimpikan sebuah perpustakaan kecil dirumahnya. DIVA harap impian Diana akan tercapai.

DIVA sempat intip tajuk-tajuk buku yang dibawa Diana, mungkin boleh jadi senarai to be read (tbr) kamu.

The Monk Who Sold His Ferrari (Robin Sharma)

  • Rating Goodreads: 3.9/5

Berkisarkan kisah fiksyen (self-help) seorang peguam, Julian Mantle yang menjual rumah agam dan kereta Ferrari untuk membawa diri ke pergunungan Himalaya untuk mempelajari the Seven virtues of te Sages of Sivana.

Foto – Instagram Diana Danielle

The Enormous Crocodile (Roald Dahl)

  • Rating Goodreads: 3.8/5

Sebuah buku kanak-kanak yang penuh dengan pengajaran. Ia telah diterbitkan sejak tahun 1978. Berceritakan tentang seekor buaya yang tamak dan ingin menjadi kanak-kanak sebagai santapannya!

IKLAN

Foto – Instagram Diana Danielle

Healing the Heart (Sharifah Nadirah)

  • Rating Goodreads: 4.3/5

Dari penulis tempatan, buku Healing the Heart merupakan suatu buku rujukan hati untuk mencari petunjuk dan hidayah dari Allah SWT. Petunjuk ini yang dimaksudkan untuk memimpin kita dengan lembut dan baik kepada Nur-Nya. Dan dengan Cahaya ini, kita akan menerima belas kasihan dan penerimaan diri.

Foto – Instagram Diana Danielle

My New Pair of Eyes (O. Mukhtar O. Mukhlis)

  • Rating Goodreads: 4.3/5

My New Pair of Eyes adalah berdasarkan kisah benar tentang percutian seram berubah menjadi perjalan luar biasa mengelilingi negara yang indah. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun menemui cinta pandang pertama dan ini adalah berdasarkan kisah benar!

Foto – Instagram Diana Danielle

Kelebihan membaca buku

Sedar tak bacaan dari buku-buku sangat baik untuk perkembangan otak dan dapat membantu mengembalikan ketenangan pada kesihatan mental. Antara kebaikan atau kelebihan dengan hobi membaca;

  • Meningkatkan keupayaan rasa empati dalam diri.
  • Meluaskan lagi penggunaan tatabahasa ketika menulis atau bercakap.
  • Membantu mencegah masalah nyanyuk dan stress.
  • Melapangkan minda dan mempengaruhi tidur yang nyenyak.

DIVA harap juga Diana Danielle mungkin dapat buat perkongsian atau ulasan buku-buku bacaannya di Instagram. Soon maybe? 

Tags: buku diana daniellediana danielleselebriti membaca
Share9SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Tabiat Bawa Buku Kemana Sahaja, Ini Buku Yang Diana Danielle Baca!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.