Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Ingin Labur Beg Tangan Celine? 5 Rekaan Bestseller Paling Untung Untuk Kamu!

by Indah Aziz
December 17, 2022
Foto - PurseBlog

Foto - PurseBlog

17
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Biasakan kita dengar beg tangan dari jenama-jenama mewah mampu memberi keuntungan semula kepada pemiliknya. Jadi dunia fesyen bukanlah sekadar pentas untuk bercantik-cantik tapi dalam masa yang sama tempat menjaga aset. Sungguhpun ia tidak mudah kerana semuanya bergantung kepada keaslian rekaan beg dan kualiti material yang digunakan.

Mungkin nama Celine jarang disebut-sebut sebagai produk pelaburan fesyen. Sangkaan anda salah, jenama Celine merupakan pengeluar beg tangan yang cukup eksklusif dan rekaannya pula sentiasa terulung. Membuatkan ia antara jenama beg tangan yang sangat bernilai pada masa akan datang.

DIVA kongsikan lima rekaan beg tangan CELINE yang tak akan ditelan zaman dan cukup menguntungkan si pemakai!

  • Celine Luggage Tote

Reka bentuk beg yang sofistikated dan pernah beri impak besar dalam industri fesyen. Walaupun hampir 12 tahun diperkenalkan, Celine Luggage Tote masih dikendung oleh peminat beg tangan.

Foto – From Luxe With Love
  • Celine Triomphe Bag

Ramai yang berkejar untuk mendapatkan beg bahu genit ini! Logo pada cangkuk beg direka khas hasil ilham dari seni ukiran Arc De Triomphe. Membuatkan beg ini lagi ‘mahal’ logo tersebut merupakan mainan warisan Paris oleh pengarah kreatif Celine ketika itu, Hedi Slimane.

Foto – South China Morning Post
  • Celine Classic Box Bag

Beg ini merupakan pengolahan semula dari Celine Classic Box Bag tahun 70-an. Ia diberi nafas minimalis yang baharu, terutamanya pada logo cangkuk beg. Hasil rekaan yang ringkas membuatkan beg ini menjadi permintaan ramai.

Foto – Colaiste an Atha
  • Celine Belt Bag

Bukan sahaja berbaloi pada pelaburan tapi Celine Belt Bag teramatlah cantik! Ia sangat sesuai untuk anda yang gemarkan konsep kontemporari. Bahagian beg yang dihiasi ‘tali pinggang’ memberi satu aura anggun buat si pemakai.

BACA:  'Anak Emas' CELINE, Cuba Lihat 8 Koleksi Beg Milik BLACKPINK Lisa
Foto – The Luxury Closet
  • Celine 16 Bag

Anda mahu beg yang benar-benar beri gaya retro, mewah dan sleek? 16 Bag beri anda semua itu. Ia sebuah rekaan seolah membawa semula anda ke tahun 60-an. Koleksi wajib untuk peminat Celine.

Foto – MOJEH Magazine

Jadilah peminat fesyen yang bijak dan mula melabur!

FILED UNDER beg tangan celineceline malaysia
Share7SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.