Suasana makan tengahari bersama sanak-saudara ketika pulang ke kampung cukup meriah. Bukan sahaja hidangan lauk-pauk yang menyelerakan tapi elemen penata gaya hidangan juga jadi sandaran. Biasanya hanya di rumah atok dan nenek kita sahaja gemar guna talam dan teko cuci tangan, bukan?
Ramai yang kini gemar gaya konsep dan aksesori dapur yang lebih moden dan kadang hampir lupa pada konsep kampung yang sepatutnya dijaga dan disayangi. Kalau bukan kita generasi sekarang, siapa lagi. Takut nanti anak cucu akan datang dah tak tahu apa itu teko cuci tangan, malah ingat itu teko jin Aladdin!
Tak salah juga ada hari atau sekadar hujung minggu kita adakan konsep makan-makan seperti di kampung. Nah, DIVA ada jumpa beberapa produk di Shopee yang sesuai untuk mengembalikan aura suasana riuh dapur rumah nenek.
- Pinggan mangkuk vintage corak bunga [BELI]
Rekaan popular tahun 1980-an ini sentiasa segar di kabinet rumah nenek kita. Lengkap dengan pelbagai saiz memudahkan untuk menghidang lauk.

- Talam enamel klasik [BELI]
Biasa kita akan letak pinggan-pinggan diatas talam bukan? Tapi kalau DIVA suka hidangkan pencuci mulut, keropok atau pisang goreng ketika minum petang.

- Nyiru buluh [BELI]
Ulam-ulama dan buah-buahan boleh letak didalam nyiru buluh ini. Kalau lebih kreatif ada yang jadikan sebagai hiasan dinding.

- Tudung saji rotan [BELI]
Memang wajib ada sebagai first impression dalam sebuah konsep. Gituh!

- Teko cuci tangan [BELI]
Masa kecil teruja betul nak cuci tangan pakai teko ini. Ini juga antara barang rare tau.

Kain saprah batik [BELI]
Alas meja yang cukup klasik dan mengekalkan aura tradisional meja makan anda.

Semoga perkongsian diatas dapat membantu anda!