Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Magis Sentuhan MUA Thailand, Serlahkan Kulit Glowing Tunku Tun Aminah

by Indah Aziz
December 10, 2022
Foto - Instagram Babara Beer

Foto - Instagram Babara Beer

39
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Hampir menjerit terkejut bila DIVA melihat wajah ayu Tunku Tun Aminah jadi kanvas solekan dari MUA terkemuka Thailand, Babara Beer! Jurusolek asal negara jiran ini cukup terkenal dengan solekan tipis dan glowing. Kalau sekali anda tengok reels toturial mekap Babara memang tak lekang mata melihat hasil solekan yang memuka.

Sudah agak lama kita semua tidak dapat menatap kecantikan Tunku Tun Aminah bukan? Mesra dipanggil Ku Inah oleh rakyat Johor, dahulu mempunyai akaun peribadi Instagram. Dimana beliau gemar berkongsi gaya fesyen dan pelbagai tips gaya hidup. Ramai yang begitu rindu untuk Ku Inah kembali muncul dalam media sosial. Namun, apakan daya…

Nah, tak mahu DIVA bicara panjang..dari akaun Instagram Babara Beer, Ku Inah disolek manis untuk dua resepsi. Babara acap kali mengucap tanda terima kasih dan penghargaan kerana dipanggil sendiri oleh Ku Inah untuk dijadikan penata rias wajahnya.

It was such an honour for my career as makeup artist to have personally service HRH Princess Aminah of Malaysia, I used to believe this opportunity is almost 0 as I am not even Malasian, however she believes in me and offered me this one of the most valuable moment for my life.

Terpukau melihat wajah bare Ku Inah. Bersih, berseri dan sesungguhnya memang cantik semulajadi. Bila ditambah dengan solekan air tangan Babara, entahlah memang DIVA ternganga!

View this post on Instagram

A post shared by Babara Beer (@babarabeer_makeup)

IKLAN

Antara gambar hasil solekan yang pertama. Boleh jadi idea untuk mekap hari pernikahan akan datang. Bentuk mata bundar dan hidung mancung Ku Inah dirias tipis dan berhati-hati tanpa menganggu kecantikan yang asal.

Foto – Instagram Babara Beer

Solekan kedua pula, pada pandangan peribadi DIVA lebih glamorous…tapi yang jadi masalah utama untuk DIVA fokus dalam video ini bila melihat kulit Ku Inah yang sangat licin.

View this post on Instagram

A post shared by Babara Beer (@babarabeer_makeup)

Lengkap dengan gaya rambut high pony-tail, belahan eyeliner lebih tebal serta kilauan glossy bibir. Orang kalau dah cantik, buatlah simple mana pun..memang cantik!

Foto – Instagram Babara Beer

Jika anda ingin lihat lagi hasil solekan Babara Beer lagi boleh terus ke Instagram @babarabeer_makeup. Nampaknya jurusolek berbakat Thailand bertambah lagi pengikut dari Malaysia gara-gara Tunku Tun Aminah!

Tags: Mekap Tunku Tun Aminahputeri diraja johorTunku Tun Aminah
Share16SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Magis Sentuhan MUA Thailand, Serlahkan Kulit Glowing Tunku Tun Aminah

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.