Victoria Beckham dan David Beckham antara power couple yang cukup dikenali oleh peminat dunia hiburan dan sukan. Sejak mengikat tali perkahwinan pada 1998, hubungan mereka tetap kelihatan segar seperti pasangan baru bercinta. Kini 23 tahun hidup bersama mereka dikurniakan empat orang anak dan jangan terkejut, Victoria dihadiahkan 15 bentuk cincin pertunangan baru dari suami. Bertuah punya badan!
Jadi mari kita sama-sama selidik cincin tunang milik bekas ahli kumpulan Spice Girls. Mana tahu boleh jadi idea untuk cincin pertunangan atau perkahwinan pembaca DIVA. Ayuh…
- Tahun 1998
Potongan bujur segitiga klasik bersama kemasan kuning emas. Dengar kata harga cincin ini bernilai $85,000.
- Tahun 2001
Cincin platinum bertatahkan berlian keliling yang cukup ringkas rekaannya.
- Tahun 2003
Serius nampak berat batu berlian pada cincin kali ini. Ia menjerit kemewahan dan keanggunan dalam masa yang sama.
- Tahun 2004
Batu berlian warna merah jambu untuk cincin tunang yang baru! Tampak feminin sangat.
- Tahun 2005
Antara bentuk cincin tunang yang jadi tular ketika itu. Memang ramai yang berangan nak cincin berlian begini. Tahu tak, ini batu berlian yang paling besar diantara cincin tunang Victoria!
- Tahun 2006
Tukar citarasa dengan belahan pave band ring emas dan potongan berlian sedondon.
- Tahun 2007
Kalau menurut DIVA, ini cincin yang paling kerap ditayang oleh Victoria. Mungkin atas faktor warna batu permata hijau zamrud yang mencuri setiap pandangan.
IKLAN
- Tahun 2008
Cincin tahun 2008 dikatakan hampir sama dengan cincin 2006, namun fakta yang menarik ialah ia direka oleh Chopard dan bernilai 15 karat.
- Tahun 2009
Sekali lagi batu permata, kali ini ialah dari warna delima yang begitu memukau. Dipadankan pula cincin penuh dengan berlian halus.
- Tahun 2010
Dari batu permata zamrud, delima dan akhirnya nilam sebagai pelengkap koleksi cincin tunang dari batu permata mahal. Potongan bujur batu biru ini ternyata serasi pada Vic dan ia beri efek jari lebih runcing.
- Tahun 2010
Dalam masa setahun, Victoria dapat dua cincin kahwin yang baru! Rekaan kali ini lebih ringkas, potongan cincin lebih halus bersama berlian merah jambu.
- Tahun 2015
Lima tahun selepas itu, cincin potongan bulat dihiasi batu berlian besar dan kecil tapi tak lama kemudian. Victoria tukar pada cincin yang lain.
- Tahun 2015
Unik, bila Vic memilih moon stone pengganti kilauan berlian atau batu permata sebelum ini.
- Tahun 2016
Kembali dengan potongan cincin klasik dan bentuk batu berlian segi empat.
- Tahun 2018
Hampir sama dengan yang sebelum ini, cuma Victoria menukar permata berlian warna kuning keemasan.
Kita pula yang jadi rambang mata lihat koleksi cincin tunang Victoria. Agaknya ada tak yang jadi kegemaran kamu?