Aktres hebat Deepika Padukone dikurniakan dengan rupa paras yang manis serta sedap mata memandang. Mata kita tak lari daripada terpukau melihat kecantikan semula jadi, dan kedalaman lesung pipit yang menjadi daya penariknya.
Bahkan, Deepika mengagumkan kita semua dengan penampilan penjagaan kulitnya. Jadi, bila dia berkongsi foto di Instagram, terus DIVA menekan butang tanda suka. Lagi pula dengan perkongsian langkah-langkah prep sebelum solekan, yang hanya ada 5 sahaja. Sangat mudah untuk kita ikut.
View this post on Instagram
Mula-mula dia membasuh muka dengan air sejuk. Kemudian dia sapukan ais pada muka. Kemudian dia mengeringkan mukanya dengan tuala. Untuk langkah akhir, Deepika menggunakan #AshwagandhaBounce Rejuvenating Moisturizer pada muka dan leher, disusuli dengan #PatchouliGlow Sunscreen Drops [SPF 40 PA+++].
IKLAN
Menggosok ais ke muka kamu selepas hari yang sibuk boleh memberikan kamu kelegaan tekanan. Ia meningkatkan peredaran darah ke muka dan menjadikannya berseri. Sapukan ais pada bahagian badan untuk tujuan kesihatan juga dikenali sebagai terapi sejuk atau cryotherapy.
View this post on Instagram
Seperti yang kita ketahui, isteri kepada aktor Ranveer Singh baru sahaja melancarkan jenama penjagaan diri sendiri 82°E @82e.official yang mengetengahkan warisan India sebagai ramuan utama. Kata Deepika, dia mahu menjadikan penjagaan diri sebagai ‘bahagian yang mudah, gembira dan berkesan’ dalam kehidupan seharian.